Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Air Rebusan Cuci RAHIM Lepas Haid, Minum Sebulan Sekali Badan Ringan Macam Kapas!

Haid merupakan fenomena semula jadi yang berlaku pada wanita apabila sudah mencapai tempoh baligh. Di mana, ia mengeluarkan darah kotor yang terdapat dalam badan. Oleh itu, terdapat petua cara cuci rahim selepas datang haid yang boleh diamalkan dengan meminum sejenis air rebusan ini.

Minuman rebusan cuci rahim ini telah dikongsikan oleh Puan Miera Kimie. Menurutnya, air rebusan ini bukan sahaja dapat menyegarkan badan, malah membantu juga membuang angin dalam badan wanita. Jom lihat resipi air rebusan cara cuci rahim lepas haid di bawah!

Baca juga: Cara Buat SCRUB Badan Semula Jadi Guna Beras Disangai Je, Hebatnya Petua Lama!

CARA CUCI RAHIM LEPAS HAID

cara cuci rahim

Air rebusan cuci rahim lepas period. Banyak khasiat, amal sebulan sekali dah cukup untuk segarkan badan dan buang angin dalam badan.

Bahan-bahan:

  • Halia besar ibu jari
  • Kunyit besar ibu jari
  • Daun pandan 3 helai
  • Serai 4/5 batang
  • Madu atau gula batu

Cara buat:

  1. Serai diketuk.
  2. Halia dan kunyit dihiris jangan terlalu nipis.
  3. Air 3 cawan
  4. Campur dan rebus dengan bahan-bahan yang lain tadi sehingga mendidih.
  • Jika nak hilangkan keputihan tambah daun sireh 2 helai.
  • Jika nak ketatkan miss V tambah manjakani sebiji.

Diminum suam-suam atau biarkan sejuk. Tapi kalau saya, saya akan minum suam-suam sebab lega je masuk dalam tekak.

Anak dara juga boleh amalkan minum ini sebulan sekali. Insha Allah, badan jadi segar dan ringan saja. Selamat mencuba!

Baca juga: Rupanya Air Tapai Beras Buat RAMBUT Cepat Panjang & Bersinar, Amalan Nenek Moyang!

Sumber: Miera Kimie via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

The post Air Rebusan Cuci RAHIM Lepas Haid, Minum Sebulan Sekali Badan Ringan Macam Kapas! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!