Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Aplikasi Cari Jodoh Ditaja Kerajaan Tingkat Kadar Perkahwinan

Aplikasi Cari Jodoh Ditaja Kerajaan Tingkat Kadar Perkahwinan

Bagi orang bujang, keletihan dating (janji temu kekasih) adalah fenomena universal, lapor The Guardian.

Sebuah bandar di Jiangxi, sebuah wilayah di timur China, menganggap perkhidmatan mencari jodoh ditaja kerajaan menghasilkan penyelesaian untuk mereka yang putus asa atau bosan dengan cinta.

Guixi, sebuah bandar mempunyai kira-kira 640,000 penduduk melancarkan aplikasi menggunakan data penduduk bujang untuk membina platform mencari jodoh.

Baca: Ejen Cari Jodoh, Pakcik Ini Caj RM29 Yang Perlu Khidmatnya

Akhbar kerajaan, China Youth Daily melaporkan aplikasi dikenali sebagai Palm Guixi adalah sebahagian inisiatif meningkatkan kadar perkahwinan yang menurun, sejak sedekad lalu.

Pada 2021, terdapat 5.4 perkahwinan bagi setiap 1,000 orang, berbanding enam untuk jumlah sama di Amerika Syarikat.

Di tempat lain di Jiangxi, kerajaan tempatan menganjurkan acara untuk menarik orang ramai bersosial.

Di bandar Gao’an, kira-kira 100 orang bujang muda menghadiri acara di taman Ruizhou Fuya di mana mereka boleh berpakaian tradisional, bermain permainan dan mengenali antara satu sama lain.

Tujuan utama acara itu diadakan sebagai kempen menentang ‘nilai hadiah kepada pengantin’ yang tinggi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tidak menggalakkan amalan tradisional yang mana bakal pengantin lelaki menawarkan wang tunai kepada keluarga pengantin perempuan sebelum berkahwin.

Peraturan negara melarang pemberian wang atau hadiah berkaitan perkahwinan, tetapi ia amalan tradisi terutama di kawasan luar bandar.

Perkhidmatan mencari jodoh tajaan kerajaan itu menerima pelbagai reaksi ramai di media sosial Weibo, yang mengaitkannya dengan desakan kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran China yang semakin menurun.-hmetro

The post Aplikasi Cari Jodoh Ditaja Kerajaan Tingkat Kadar Perkahwinan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!