Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Piala Dunia: Tewaskan Switzerland, Brazil ke pusingan kalah mati

DOHA – Brazil menempah slot ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Switzerland pada aksi Kumpulan G yang berlangsung di Stadium 974 sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan juara lima kali tersebut hampir pasti untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan selepas mengutip enam mata dalam dua perlawanan.

Brazil yang turun tanpa kelibat pemain bintang, Neymar berjaya menguasai sepenuhnya permainan dan beberapa kali mengancam pintu gol Switzerland pada separuh masa pertama menerusi gerakan-gerakan berbahaya.

Pada 20 minit pertama, bola lebih dilihat lebih banyak berlegar di dalam kawasan The Rossocrociati dan penjaga gol, Yann Sommer beberapa kali diuji jentera serangan Brazil yang dibarisi Raphinha, Richarlison dan Vinicius Junior.

Selecao hampir membuka tirai jaringan menerusi Vinicius pada minit ke-27, namun percubaan yang dilakukan selepas menerima hantaran lintang Raphinha berjaya diselamatkan Sommer.

Tamat separuh masa pertama, skuad kendalian Tite boleh dianggap pasukan lebih baik apabila menguasai 55 peratus permainan selain melakukan enam percubaan berbanding Switzerland yang tidak mencatat sebarang percubaan ke pintu gol Brazil.

Memasuki separuh masa kedua, Switzerland tampil lebih agresif apabila membuatkan benteng pertahanan Brazil kelam-kabut, namun serangan yang dilakukan pada minit ke-52 gagal menghasilkan gol.

Empat minit kemudian, Brazil sekali lagi hampir menjaringkan gol pembukaan, namun Richarlison gagal menyambar hantaran lintang yang dilakukan Vinicius, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan.

Pada minit ke-64, Vinicius berjaya menggegarkan gawang Switzerland, namun gol tersebut dibatalkan selepas Richarlison didapati berada dalam kedudukan ofsaid ketika serangan dilakukan.

Buntu mencari gol pembukaan, Tite kemudiannya melakukan perubahan taktikal apabila memasukkan Gabriel Jesus dan Antony bagi menggantikan Raphinha dan Richarlison yang dilihat sudah ketandusan idea.

Ketika perlawanan berbaki tujuh minit, pemain tengah, Casemiro menjadi wira Brazil apabila meledak gol kemenangan pasukan selepas menerima hantaran cukup bijak dilakukan Vinicius.

Switzerland yang tersentak dengan gol tersebut kemudiannya cuba melancarkan serangan ke arah pintu gol Brazil bagi memburu gol penyamaan, namun keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

The post Piala Dunia: Tewaskan Switzerland, Brazil ke pusingan kalah mati appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!