Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap hari kita akan cuba sediakan hidangan lauk lain dari yang lain untuk mengundang selera keluarga. Apa kata, anda cuba resepi Ayam Goreng Tomyam yang menarik ini di rumah.
Ramai yang menyukai Ayam Goreng Tomyam kerana mudah dimasak serta kuahnya yang beraroma boleh membuatkan selera sesiapa pun terangkat.
Melalui perkongsian video oleh plumshumblekitchen, resepi Ayam Goreng Tomyam yang dibuatnya telah mendapat perhatian ramai pengguna di TikTok. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Black Pepper, Punyalah Sedap Sampai Tak Perasan Nasi Bertambah
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- Cili padi (sesuai selera)
- Serbuk kunyit
- 1 senduk kecil cili boh
- Air secukupnya
- Sedikit sos ikan
- ½ paket pes tomyam
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu kecil gula
- Sedikit garam (bila perlu saja, saya tak letak sebab pes dan sos ikan sudah masin)
- Daun limau purut
- Cili padi
- Cili merah
- ½ biji perahan jus limau
- Daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.
2. Selepas itu, goreng ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit sampai separuh masak.
3. Kemudian, gunakan sedikit minyak goreng ayam tadi untuk tumis bahan-bahan yang telah dipotong tadi sampai layu.
4. Seterusnya, masukkan cili boh, pes tomyam, sedikit air dan sos ikan.
5. Tambah sedikit air lagi dan terus perasakan dengan serbuk cukup rasa, madu, gula dan garam apabila perlu saja.
6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut, cili padi, cili merah, sedikit perahan jus limau dan daun ketumbar.
Resepi Ayam Goreng Tomyam ini boleh dibuat secara berkuah atau kering. Paling penting, ia merupakan hidangan lauk yang lazat tak terhingga.
Selamat mencuba!
Sumber: plumshumblekitchen
Baca juga: Peniaga Kongsi Resepi Ayam Goreng Seringgit, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup!
The post Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan