Wajah Terkini Bayi Kembar Tiga Popular ‘The Return of Superman’, Dah Sama Tinggi Bapa!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sudah pasti ramai yang mengenali kanak-kanak Korea Selatan kembar tiga, Daehan, Minguk dan Manse, yang pernah memikat hati ramai dengan telatah mereka suatu ketika dahulu melalui rancangan “The Return Of Superman”. Ditonton ramai ketika masih bayi, kini mereka kembali di kaca televisyen dan seluruh peminat rancangan ini terkejut!
Hal ini kerana, bayi kembar tiga yang mereka tonton pada tahun 2014 ini sudah dewasa semuanya dan sama tinggi dengan bapa mereka! Begitu pantas masa berlalu..
Baca juga: Tuah Bayi Usia 8 Bulan Terkenan Wajah Kacak Tengku Hassanal, Memang ‘Copy Paste’!
BAYI TRIPLETS ‘THE RETURN OF SUPERMAN’ DAH DEWASA, TINGGI SAMA BAPA!

Foto: Wajah terbaharu Daehan, Minguk, Manse, merupakan anak kepada pelakon Song Il Kook.
Menurut laman Koreaboo, ini bukan kali pertama anak-anak kepada pelakon terkenal Korea Selatan, Song Il Kook itu kembali di kaca televisyen setelah menamatkan kontrak mereka bersama rancangan tersebut.
Mula dikenali seluruh dunia pada 6 Julai 2014, ramai peminat mengikuti perkembangan dan tumbesaran mereka menerusi rancangan berkenaan yang menunjukkan seorang bapa yang menguruskan dan meluangkan masa bersama anak-anak. Walaupun setelah mereka berhenti dari menyertai rancangan tersebut pada 7 Februari 2016, para peminat sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru kembar tiga tersebut.

Foto: Semasa mereka kecil.
Baru-baru ini, mereka muncul sebagai tetamu jemputan bersama Song Il Kook dalam sebuah rancangan tvN, “You Quiz On The Block” dengan Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho sebagai pengacara. Kemunculan ketiga-tiga kembar tersebut mendapat perhatian warganet kerana ketinggian mereka yang kelihatan seperti lelaki dewasa walaupun baru sahaja menginjak masuk ke usia 12 tahun.
Antara komen dari para peminat yang terkejut dan merindui mereka adalah:
“Tahun enam? Mereka hampir sama tinggi dengan Yoo Jae Suk. Panjangnya kaki mereka,” ujar seorang lagi.
“Senyuman mereka masih sama. Mereka dah besar,” kata seorang lagi warganet.
“Wajah mereka memang sama. Tapi betulkah mereka masih di sekolah rendah? Mereka sangat tinggi,” komen warganet yang terkejut dengan ketinggian mereka.
Sebelum ini, kembar tiga ini juga pernah tular apabila seorang peminat dari Indonesia memuat naik sebuah video mereka sedang berbual. Ramai warganet terkejut melihat perubahan mereka yang dahulunya begitu comel tapi sekarang dah berubah menjadi lelaki sejati!
*Bila tengok mereka sudah membesar bagai johan, maknanya kita pun dah tua dah kan?
Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global
Sumber: Instagram @songilkook, Koreaboo
The post Wajah Terkini Bayi Kembar Tiga Popular ‘The Return of Superman’, Dah Sama Tinggi Bapa! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan