Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Piala Dunia: Neymar kembalikan semangat Brazil

DOHA – Bintang sensasi Brazil, Neymar kembali pulih daripada kecederaan buku lali untuk membantu pasukan itu meraih kemenangan bergaya 4-1 menewaskan Korea Selatan awal pagi semalam untuk menempah slot pusingan suku akhir Piala Dunia Qatar.

Pemain Paris Saint-Germain itu terlepas dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini ekoran mengalami kecede­raan ketika Brazil menundukkan Serbia 2-0 pada aksi pembukaan.

Bagaimanapun, selepas pelbagai usaha dan kaedah dilakukan oleh pasukan perubatan Brazil, Neymar disahkan pulih dan cergas untuk turun selain turut menyumbang satu gol selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13.

Vinicius Junior membuka tirai jaringan Brazil pada minit ketujuh sebelum Neymar menjarakkan kedudukan dengan meledak gol ke-76 di peringkat antarabangsa sekali gus hanya satu gol untuk menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Selecao, Pele.

Gol ketiga Brazil hadir menerusi Richarlison sebelum Lucas Paqueta turut mencetak nama selaku penjaring dengan keempat-empat gol itu hanya dijaringkan dalam tempoh 35 minit permainan babak pertama.

Paik Seung-ho meledak gol saguhati Korea Selatan menerusi rembatan voli menarik yang menewaskan Alisson Becker sekali gus menyaksikan Brazil mara dan bakal membuat perhitungan dengan Croatia di suku akhir.

“Ini adalah masa untuk kami melangkah lebih jauh. Kami mengimpikan untuk memenangi gelaran dan sudah pasti kami perlu menyusun satu demi satu langkah.

“Perlawanan ini adalah aksi keempat, ada tiga lagi perlawanan untuk kami meraih kejua­raan. Kami perlu membuat persiapan, mentaliti dan fokus kami adalah untuk meraih kemena­ngan kali ini,” kata Neymar.

Pemain berusia 30 tahun itu berdepan kekecewaan dalam dua aksi sebelum ini apabila tersingkir di separuh akhir pada kempen 2014 sebelum kecundang di suku akhir empat tahun lalu apabila tewas menentang Belgium 1-2.

Sebagai rekod, Brazil tidak pernah meraih kemenangan de­ngan empat gol atau lebih sepanjang pusingan kalah mati di Piala Dunia sejak 1998. – AFP

The post Piala Dunia: Neymar kembalikan semangat Brazil appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!