Resepi Dadih ‘Legend’ Sukatan Cawan, Lemak Berkrim Dan Cair Di Mulut!

Imej
https://ift.tt/0DtQgHJ Setelah menjamu selera sewaktu berbuka puasa, pasti nak makan pencuci mulut yang sedap juga. Jadi, kami nak kongsikan resepi Dadih sukatan cawan yang cukup klasik. Resepi Dadih sukatan cawan ini dibuat oleh Masmira Idris di Facebook dan hasilnya lemak berkrim yang cukup mengagumkan. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim! RESEPI DADIH SUKATAN CAWAN Bahan A: 16 hingga 20g agar-agar (1 cawan selepas basuh)  14 cawan air Bahan B: 1½ cawan gula 3 helai daun pandan (koyak dan simpul) Bahan C: 300g atau 3 cawan susu tepung Dutch Lady full cream 1 cawan creamer coffee mate 3 cawan air panas Bahan D: Vanilla – esen vanilla Jagung – pes jagung Greenhill Strawberry – pes strawberry Greenhill Keladi – pes keladi Greenhill Coklat – chocolate emulco Nona atau Meriah atau Soho Honeydew – pes honeydew Greenhill campur pewarna hijau epal Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, ambil agar-aga...

Pemuda 24 Tahun Jadi Tua Selepas Putus Cinta

Pemuda 24 Tahun Jadi Tua Selepas Putus Cinta

Pemuda China berusia 24 tahun diberi gelaran ‘pak cik’ kerana wajahnya yang nampak lebih tua daripada usia sebenarnya.

Dia yang berasal dari wilayah Hebei di utara China, terpaksa menunjukkan kad pengenalannya untuk membuktikan dia dilahirkan pada Disember 2000 selepas ramai menganggapnya lelaki pertengahan umur, lapor Jiupai News.

Lelaki itu berkata, perubahan wajahnya itu didorong aktiviti lasak disertainya seperti mendaki di utara dan barat China, terutama Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dengan altitud tinggi dan sinaran ultraungu yang kuat sehingga merosakkan folikel rambutnya.

Dia yang menggunakan nama Traveller Taishan sebelum menukar Uncle Born After 2000 dalam akaun Douyin berkata, dia aktif melakukan aktiviti lasak itu sejak lima bulan lalu selepas putus cinta dengan teman wanitanya.

“Saya terlalu tertekan untuk menjalani kehidupan normal selepas teman wanita meninggalkan saya.

“Kami berpacaran selama beberapa tahun, namun pada masa itu saya banyak bekerja di kapal kargo di sekitar Asia Tenggara.

“Apabila saya dapat tahu mendaki di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet boleh memberi ketenangan fikiran, saya memulakan pengembaraan pada penghujung Februari lalu,” katanya.

Katanya, setiap kali mengembara, dia akan menarik kereta kayu yang mengandungi semua keperluan untuk kehidupan seharian serta ditemani seekor anjing liar yang diambilnya di sepanjang jalan.

“Backpacker lain memanggil saya abang besar atau pak cik apabila mereka bertemu dengan saya buat kali pertama.

“Saya menunjukkan kepada mereka kad pengenalan saya dan memberitahu mereka saya dilahirkan selepas tahun 2000, tetapi sesetengah orang masih tidak mempercayai saya.

“Akhirnya, saya menerima kenyataan sesetengah orang tidak percaya saya seorang lelaki berusia 20-an,” katanya.

Katanya, dia juga tidak bercukur untuk masa yang lama kerana menyedari misai boleh melindungi kulit saya.

“Malah, saya juga mengabaikan nasihat supaya menjaga kulit dan penampilan, kerana saya rasa sihat macam ini.

Sebenarnya Traveller Taishan bukan orang pertama di China yang menua secara dramatik dalam perjalanan jarak jauh.

Awal tahun ini, kisah seorang wanita berusia 28 tahun yang digelar Xiaxia, menjadi trend dalam talian selepas dia dirakam mendaki di lebuh raya negara, mengejutkan pemerhati yang menyangka dia lebih tua 30 tahun.

The post Pemuda 24 Tahun Jadi Tua Selepas Putus Cinta appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!