Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tular Gaji Cecah RM70k Sebulan, Ini 3 Kerjaya Berkaitan Kanak-Kanak Ada Demand Tinggi!

Bercakap mengenai bidang atau kerja gaji tinggi di Malaysia, apa yang sering bermain di fikiran adalah kerjaya seperti juruterbang atau doktor pakar. Namun, baru-baru ini tular video memaparkan seorang wanita yang ditemu ramah di laman media sosial, mendedahkan pekerjaanya mempunyai gaji sehingga RM60-70 ribu sebulan!

Pekerjaan yang dilakukan wanita tersebut adalah sebagai Consultant Paeditrician yang bekerja khusus dalam kesihatan kanak-kanak.

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

BIDANG/KERJA GAJI TINGGI BERKAITAN KANAK-KANAK, CECAH RM70K SEBULAN!

kerja gaji tinggi

Foto: Tangkap layar wanita yang kerja sebagai Consultant Paeditrician.

Oleh itu, ada perkongsian informasi dari saudara Inche Faris di laman X mengenai bidang kesihatan kanak-kanak yang mungkin ramai tak sangka, menjanjikan gaji yang tinggi!

Antara bidang berkaitan kanak-kanak yang diperhatikan ada demand yang tinggi:

1. Occupational therapist – memberikan rawatan terapi kepada ketidakupayaan fizikal

2. Speech-language therapist– memberikan rawatan kepada kanak-kanak yang sukar atau lambat bercakap

3. Lain-lain yang berkenaan dengan bidang pakar terapi kekurangan dalam pembelajaran (learning disability therapist)

Teutama sekali apabila statistik menunjukkan ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme, demand untuk mencari orang dalam khidmat di atas pun semakin tinggi.

Malah, warganet pun turut meninggalkan komen pendapat bahawa kerajaan perlu secara berperingkat dalam menaikkan gaji sektor pekerjaan ini jika ingin ramai lagi bekerja dalam kerajaan. Disebabkan gaji yang diberikan oleh syarikat swasta adalah tinggi, menyebabkan pelajar lepasan kursus ini menerima kerja di swasta dan menjadikan pusat terapi kerajaan tidak cukup kakitangan.

Ini menyebabkan ibu bapa yang memerlukan rawatan terapi di atas terpaksa menunggun giliran yang sangat panjang! Oleh itu, jika ibu bapa yang mampu membayar untuk kos rawatan yang tinggi, mereka sanggup habiskan sehingga pergi ke luar negara!

kerja gaji tinggi

*Semoga ada perubahan dalam sistem kenaikan gaji dan mendapat pembayaran setimpal dengan kerja yang dibuat.

Baca juga: Majikan Tak Bayar Gaji & Carum KWSP, Ini 6 Langkah Anda Kena Buat Untuk ‘Ajar’ Mereka!

Sumber: X @IncheFaris

The post Tular Gaji Cecah RM70k Sebulan, Ini 3 Kerjaya Berkaitan Kanak-Kanak Ada Demand Tinggi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!