Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Taufan Siklon Mocha Melintasi Bangladesh dan Myanmar

Taufan Siklon Mocha Melintasi Bangladesh dan Myanmar

Taufan Siklon Mocha yang sangat berbahaya mula melintasi pantai Bangladesh dan Myanmar pada Ahad, kata seorang pegawai kanan Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memberitahu Xinhua.

Mocha mempunyai diameter lebih 500 kilometer (km) dan impaknya dirasai di banyak kawasan di Bangladesh, kata Pengarah BMD Md Azizur Rahman.

Menurut buletin khas BMD, taufan itu dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (mph) boleh mencetuskan gelombang ribut.

Siklon itu akan mengambil masa beberapa jam untuk lemah .

Beberapa bahagian Bangladesh turut mengalami hujan renyai-renyai dan angin kencang .

Rakaman televisyen menunjukkan banjir berleluasa di Cox’s Bazar pagi ini, dengan ribuan penduduk dipindahkan.

Menteri bagi Pengurusan Bencana dan Bantuan Bangladesh, Enamur Rahman, berkata mereka telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas.

Pegawai berkata setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa.-hmetro

The post Taufan Siklon Mocha Melintasi Bangladesh dan Myanmar appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!