Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes dua beradik lelaki masing-masing berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus yang mereka ambil tergantung pada pagar kebun.

Masih berada dalam keadaan kritikal, kes ini membuka mata orang ramai tentang bahaya racun tikus jika tidak digunakan mengikut panduan yang betul. Budak-budak pula, pantang kalau tengok bungkusan macam keropok memang pantas dicapai!

Baca juga: Pembunuh Senyap Paling Digeruni, Ini 8 Jenis Kanser Yang Gemar ‘Serang’ Lelaki

BAHAYA TERMAKAN RACUN TIKUS, KENA SIMPAN BETUL-BETUL

racun tikus

Foto: Disway

Di Malaysia sahaja, terdapat lebih kurang 60 jenama racun tikus yang berdaftar. Selain digunakan di kawasan kebun dan ladang, racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Oleh kerana itulah, sediaan racun dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan.

Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam pelbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.

Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin. Bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan keracunan ataupun maut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi.

Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti:

-Terasa mual
-Muntah-muntah
-Cirit-birit

Jika lambat dapatkan rawatan:

-Pendarahan pada gusi
-Hidung berdarah
-Najis dan kencing berdarah
-Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam usus

Jika berlaku keracunan, rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan untuk muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah janganlah dipandang ringan walaupun ia kurang toksik.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan penggunaan racun ini di rumah?

racun tikus

Foto: Utusan

Kebiasaannya racun tikus digunakan pada waktu malam memandangkan pada waktu ini tikus berkeliaran mencari makanan. Racun tikus hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seelok-eloknya simpan dengan cara:

1.Di tempat tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
2.Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.
3.Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.
4.Jangan guna racun tikus dengan tangan tanpa sarung dan sebaiknya cuci dengan sabun selepas menggunakan racun.

*Hati-hati ya semua!

Baca juga: Budak 12 Tahun Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup Akibat Kerap Makan Ayam Goreng

Sumber: Berita HarianNational Poison Centre

The post 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!