Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Hilangkan Masalah Sembelit Supaya Kerap ‘Membuang’ Dengan Air Detoks & Makanan Ini, Berhasil!

“Dah tiga hari aku tak membuang apa-apa ni, rasa berat je badan. Adui, macam mana cara hilangkan sembelit ni eh?”

Mengalami masalah untuk membuang air besar atau lebih mudah disebut sebagai sembelit sememangnya akan membuatkan badan anda rasa lemau. Mana tidaknya, sisa makanan yang dimakan setiap hari perlu dicuci supaya tidak berkumpul dan menjadi toksik dalam perut. Jadi, bagi anda yang kerap mengalami sembelit, berikut merupakan perkongsian tips dari Zalya Zahari di laman X tentang caranya menghilangkan sembelit yang dialami.

Baca juga: Ubat Sakit Lutut Tradisional Guna Asam Gelugur, Minum Je & Tak Payah Solat Guna Kerusi Dah!

CARA HILANGKAN SEMBELIT, KERAP ‘MEMBUANG’ BARU KULIT CANTIK!

cara hilangkan sembelit

Foto: yourhealth.asiaone.com

Jika anda seorang yang kerap mengalami sembelit, sudah semestinya akan rasa tidak selesa sepanjang masa dan rasa berat badan. Antaranya sembelit berlaku kerana:

• Kurang serat dalam diet
Gangguan usus
• Selalu makan makanan segera
• Obesiti
• Terlalu banyak makanan berdaging
• Kurang sayur/buah
• Pregnant

Jadi, makanan apa untuk bantu kurangkan sembelit?

1. Buah-buahan dan sayuran.. Makan banyak buah!

-Pisang
-Betik
-Anggur
-Avokado

2. Buat air detoks

Anda boleh letak lemon, timun dan chia seeds. Biarkan dalam 20 minit baru boleh minum. Chia seeds kaya dengan serat tinggi and boleh ‘boost’ metabolisme badan. Timun dan lemon pula sangat bagus untuk detoks.

3. Lebihkan makanan probiotic tinggi

Takpun, anda boleh minum je Yakult atau Vitagen. Tapi tak sarankan minum selalu sebab kandungan gula mungkin ada yang tidak sesuai dengan sesetangah orang, boleh pilih yang kurang gula. Tapi nak senang ambil saja probiotic supplemen.

4. Ubat lembutkan najis

Kalau sembelit terlalu kuat sangat boleh pergi farmasi ambil ubat untuk lembutkan najis. Lepas itu, anda boleh lebihkan makanan yang kaya denga. probiotic seperti yogurt, kimchi, susu kefir dan pisang.

Selepas dah lebihkan makanan probiotic tinggi, anda akan kurang mengalami sembelit! Boleh ‘spare’ Yakult atau supplemen probiotic dekat rumah untuk waktu emergency. Bila kita selalu membuang . Kulit akan cantik, badan akan sihat selalu.. Sebab perut kita ni antara anggota badan yang penting . Perut sihat maka semuanya sihat la.

cara hilangkan sembelit

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

Sumber: X @zalyazahari

The post Hilangkan Masalah Sembelit Supaya Kerap ‘Membuang’ Dengan Air Detoks & Makanan Ini, Berhasil! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!