Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Wanita Bersuami Kahwin 3 Lelaki

Wanita Bersuami Kahwin 3 Lelaki

Seorang wanita China yang sudah berkahwin didakwa baru-baru ini kerana disyaki menipu tiga lelaki yang menyebabkan kerugian hampir AS$ 100,000 (kira-kira RM472,950) dalam upacara perkahwinan berasingan.

Oddity Central melaporkan, suspek berusia 35 tahun itu bukan sahaja sudah berkahwin malah mempunyai seorang anak perempuan ketika menjalin hubungan dengan lelaki terbabit.

Tidak jelas apa yang mendorong wanita dikenali sebagai Zhou itu untuk menipu kerana menurut media China, suaminya mempunyai perniagaan sendiri dan keadaan kewangan keluarganya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, Zhou dikatakan bermain kayu tiga dengan alasan suaminya sentiasa sibuk dengan kerja dan tidak memberi perhatian kepadanya.

Zhou dilaporkan mula mencari calon suami beberapa tahun lalu, dan kecantikannya dengan mudah memperdaya tiga lelaki.

Bagi menyembunyikan statusnya, Zhou memberitahu suami baharunya bahawa rumahnya dirobohkan secara haram dan dia perlu kekal bujang untuk layak mendapat pampasan.

Zhou bernasib baik tiada seorang pun curiga kerana dia pandai berpura-pura walaupun hakikatnya, wanita itu hanya ingin mendapatkan hadiah dan wang dengan menganjurkan majlis perkahwinan.

Bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar, Zhou sanggup mengupah pelakon untuk berpura-pura sebagai rakan dan keluarga.

Dia turut mengupah ramai pelakon untuk menjadi tetamu, namun rahsianya terbongkar selepas berkahwin dengan lelaki bernama Zhang.

Zhou memberitahu suaminya yang dia hamil anak kembar dan mahu melahirkan zuriat ditemani ibunya di bandar lain serta meminta menanggung semua perbelanjaan.

Wanita itu juga sentiasa menghantar gambar hasil pemeriksaan palsu dan bayi baru lahir yang dimuat turun dari Internet.

Ketika suami dan ibu mentuanya mahu datang melawat, Zhou mengupah pelakon lain menjadi doktor tetapi Zhang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas soalannya tidak dapat dijawab.

Bagi mendapatkan kepastian, Zhang menyelidiki latar belakang sebelum mengetahui status Zhou yang sudah berkahwin.

Dia kemudian menghubungi polis dan menceraikannya pada April.

Berikutan itu, Zhou berdepan hukuman 10 tahun penjara dan siasatan mendapati wanita berkenaan menipu tiga ‘suaminya’ sebanyak 660,000 yuan (kira-kira RM426,648).-hemtro

The post Wanita Bersuami Kahwin 3 Lelaki appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!