Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Hukuman mati buat pembunuh wajar dikekalkan

RIDZAUDDIN ROSLAN
WARTAWAN EKSEKUTIF

JIKA diimbas kembali pada tahun lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dan menggantikannya dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sekali gus membawa dimensi baharu dalam sistem perundangan negara.

Dalam mencapai hasrat itu, baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan de­ngan hukuman lain yang baharu.

Namun, segelintir pihak beranggapan pemansuhan hukuman mati mandatori itu perlu dilihat semula berikutan bakal memberi impak terutama kepada keluarga mangsa khususnya melibatkan jenayah bunuh.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, kerajaan perlu memberi pertimbangan untuk mengekalkan hukuman mati mandatori khususnya kepada penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti bunuh dan pengedaran dadah.

“Pengekalan hukuman maut secara mandatori dilihat pen­ting.

“Jenayah berat dan kejam itu tidak boleh dipandang ringan kerana impak serius dibawa­nya bukan sahaja kepada mang­sa, malah ahli keluarga serta masyarakat juga terkena tempias secara tidak langsung,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Katanya, kerajaan harus memastikan pematuhan undang-undang berada pada tahap maksimum dan salah satu cara terbaik bagi memastikannya ialah de­ngan menetapkan hukuman berat kepada penjenayah terlibat.

“Jika hukuman disediakan untuk setiap perbuatan jenayah berat dilihat sebagai kecil, ia sudah pasti tidak akan membawa sebarang impak untuk menghentikan jenayah berat itu berlaku.

“Hukuman kecil dan ringan untuk jenayah berat juga tidak akan membawa keadilan sewajarnya,” tegasnya.

Susulan itu, menurutnya, kerajaan perlu menilai semula cadangan dibuat terhadap isu pemansuhan hukuman mati mandatori terutamanya kepada kesalahan berat serta kejam.

“Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

“Melalui Perlembagaan, sistem perundangan negara dibenarkan untuk melaksanakan sebarang jenis hukuman termasuk hukuman mati ke atas kesalahan jenayah tertentu.

“Malaysia ketika ini memperuntukkan hukuman mati melibatkan 32 kesalahan di bawah lapan akta berbeza. Daripada 32 kesalahan itu, 11 kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori iaitu satu-satunya hukuman yang boleh dikenakan kepada individu bersalah,” jelasnya.

Antara jenis kesalahan boleh dikenakan hukuman mati ialah melancarkan perang ke atas A­gong selain membunuh, mengedar dadah, menculik dan terlibat dalam aktiviti keganasan.

Katanya, kerajaan turut disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

“Pandangan pakar-pakar se­perti hakim, peguam, ahli akademik, pakar agama, badan bukan kerajaan selain ahli keluarga mangsa jenayah berat perlu diambil kira,” jelasnya.

The post Hukuman mati buat pembunuh wajar dikekalkan appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!