Program Kerja Empat Hari Seminggu Britain Berjaya
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Program Kerja Empat Hari Seminggu Britain Berjaya
Syarikat-syarikat British yang mencuba bekerja selama empat hari seminggu kebanyakannya memutuskan untuk mengekalkannya selepas program perintis enam bulan dianggap berjaya.
Pekerja di 61 syarikat di seluruh Britain bekerja secara purata 34 jam sepanjang empat hari antara Jun dan Disember 2022, sambil memperoleh gaji sedia ada.
Daripada jumlah itu, 56 syarikat, atau 92 peratus memilih untuk meneruskan jadual kerja seperti itu, dengan 18 daripadanya secara kekal.
Percubaan itu adalah yang terbesar di dunia setakat ini, menurut Autonomy, sebuah organisasi penyelidikan yang berpangkalan di Britain yang menerbitkan laporan itu bersama sekumpulan ahli akademik dengan sokongan daripada kumpulan ‘4 Day Week Global’ yang berpangkalan di New Zealand.
Kebanyakan syarikat yang terlibat, merentasi pelbagai sektor dan saiz dengan 2,900 kakitangan secara keseluruhan berkata, produktiviti berjaya dikekalkan.
Kakitangan berkata kesejahteraan dan keseimbangan kehidupan kerja mereka telah bertambah baik manakala data menunjukkan pekerja kurang berkemungkinan berhenti kerja berikutan polisi kerja empat hari seminggu.
“Ini adalah detik kejayaan besar bagi pergerakan ke arah minggu bekerja empat hari,” kata Joe Ryle, pengarah kempen dalam satu kenyataan pada Selasa.
“Keputusan luar biasa ini menunjukkan bahawa kerja empat hari seminggu tanpa kehilangan gaji benar-benar berkesan.”
The post Program Kerja Empat Hari Seminggu Britain Berjaya appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan