Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu?

“Kau ni patutnya doa untuk isteri bersalin, bukannya record dan upload dekat media sosial! Ish!”

Kerapkali kita melihat konten yang dimuat naik di dalam laman media sosial memaparkan detik-detik mendukung bayi yang baru dilahirkan. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang masih khilaf dengan memuat naik video isteri sedang bersalin dan sudah semestinya aurat terdedah.

Mungkin ada yang mengatakan ini merupakan video kenangan namun, jika dipandang dari segi Islam dan logik akal, perkara ini perlu dielakkan!

Baca juga: Tanda AMARAN Janin Meninggal Dalam Kandungan, Mama Mungkin Tak Sedar!

DOA UNTUK ISTERI BERSALIN, BUKANNYA MUAT NAIK VIDEO!

doa untuk isteri bersalin

Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:

إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ

Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu- Riwayat al-Bukhari

Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.

Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:

الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ

Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman- Riwayat Muslim (36)

Menurut pandangan Mufti, walaupun pada zaman serba moden ini teknologi internet dan media sosial menjadi pilhan utama untuk berkongsi memori, gunalah dengan sebaik mungkin. Amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.

Sudah tentu, dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak sebagai seorang Muslim.

Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan seperti video isteri bersalin atau dalam keadaan yang menampakkan aurat.

Kesimpulannya, Mufti berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas.

Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.

*Simpan sahajalah video berkenaan dan tengok sesama sendiri. Tidak perlulah dicanang satu dunia keadaan isteri yang sedang bertarung nyawa tersebut..

Baca juga: Ibu Berpantang ‘Terseksa’ Alami Sembelit Teruk? Boleh Cuba Petua Dan Ubat WAJIB Ini

Sumber: Mufti WP

Foto: Mabrey Firm

The post Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu? first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!