Langkau ke kandungan utama

Wanita Ini Kongsi Resipi Laksa Utara 30 Pek, Kuah Pekat Elok Tanpa Perlu Tapis Banyak Kali

Imej
https://ift.tt/HJqIzE0 Kalau anda sedang cari laksa utara resepi yang betul-betul menjadi, ini antara perkongsian yang wajib cuba. Rahsianya bukan sekadar pada bahan, tapi teknik yang digunakan terutama pemilihan ikan. Perkongsian oleh Nor Hafizah Ismail ini menarik perhatian ramai apabila beliau menghasilkan laksa dalam kuantiti besar (sehingga 30 pek!) untuk disedekahkan. Apa yang buat resipi ini lain daripada yang lain adalah penggunaan ikan sardin yang menjadikan kuah lebih halus, pekat dan ‘power’. Baca juga: Laksa Terengganu Kuah Merah Paling Kaw, Punyalah Nikmat Sampai Tetamu Tak Ingat Nak Balik Rumah KENAPA GUNA IKAN SARDIN? Dalam kebanyakan laksa utara, ramai guna ikan kembung. Tapi menurut beliau: Ikan sardin buat kuah lebih halus dan sebati Tak bertekstur kasar seperti ikan kembung Rasa lebih ‘lemak ikan’ dan padu Inilah rahsia kuah nampak smooth dan pekat tanpa perlu tapis berkali-kali. PERBEZAAN LAKSA UTARA VS LAKSA PENANG Satu perkara penting yang ramai tak ...

Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!

https://ift.tt/jS5cagG

ayam sambal

Siapa je yang tak suka ayam sambal kan? Hidangan ini memang jadi kegemaran ramai, daripada budak kecil sampai orang dewasa. Rasa pedas, manis dan masam sambal dengan ayam goreng memang buat kita bertambah-tambah nasi.

Tapi, ramai yang rasa macam susah nak masak sambal ayam yang sedap macam kdeat kedai. Ada yang rasa sambal tak cukup ‘kick’, ayam pula liat atau rasa macam ada saja yang kurang. Jangan risau! Resipi yang kami nak kongsikan ini memang mudah dan confirm jadi.

Dengan bahan-bahan yang mudah dan langkah demi langkah yang ringkas, sesiapa pun boleh cuba masak. Selepas ini, kalian boleh hidang ayam masak merah yang sedap untuk keluarga tersayang. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!

RESEPI SAMBAL AYAM

ayam sambal

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong dan digoreng separuh masak)
  • Bawang merah (secukupnya)
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Cili kering (untuk warna sambal yang cantik, gunakan cili kering yang cantik)
  • Sos cili (secukupnya)
  • Sos tomato (secukupnya)
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula pasir (secukup rasa)
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Bawang besar (dihiris, secukupnya)
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara memasak:

  1. Tumbuk atau kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah ditumbuk/dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  4.  Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam, gula pasir dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga sambal meresap ke dalam ayam.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau rata.
  8.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Kredit resipi dan gambar: Zyda Arshad

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Berlado, Masak Macam Ini Memang Terlajak Sedap!

The post Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!