Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Russia gantung penyertaan perjanjian eksport bijirin

MOSCOW – Russia menggantung penyertaannya dalam perjanjian penting yang membenarkan eksport bijirin dihantar dari Ukraine dengan menyalahkan serangan dron oleh Kiev ke atas kapal miliknya di Semenanjung Crimea.

Moscow membuat pengumuman itu selepas tenteranya menuduh Kiev melakukan serangan dron besar-besaran ke atas armada Laut Hitam awal kelmarin namun, dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ukraine. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa sama menggesa agar perjanjian tersebut tidak menjadi ‘mangsa’ dalam perbalahan itu.

“Memandangkan tindakan pengganas yang dilakukan oleh Kiev dengan kerjasama pakar British terhadap armada Laut Hitam dan kapal awam yang terlibat dalam keselamatan koridor bijirin, Russia menangguhkan penyertaannya dalam pelaksanaan perjanjian eksport produk pertanian dari pelabuhan Ukraine,” demikian menurut kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan Russia di aplikasi Telegram.

Perjanjian tersebut dipersetujui Julai lalu untuk menghantar eksport bijirin dari Ukraine yang ditandatangani antara Moscow dan Kiev serta dibroker oleh Turkiye bersama PBB. Ia adalah penting untuk meredakan krisis makanan global yang disebabkan oleh perang dua negara tersebut.

Ia setakat ini telah membolehkan lebih sembilan juta tan bijirin Ukraine dieksport dan ia dijangka diperbaharui pada 19 November ini.

Sumber keselamatan Turkiye memberitahu bahawa Ankara setakat ini belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggantungan Russia manakala Ukraine dan PBB mendesak perjanjian itu terus berkuat kuasa.

“Saya menyeru semua negara untuk menuntut Russia menghentikan ‘permainan’ ini dan komited semula untuk memenuhi kewajipannya,” kata Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di Twitter.

Presiden Volodymyr Zelenskyy dalam pada itu menyifatkan langkah Russia sebagai niat jelas negara itu untuk mengembalikan ancaman kebuluran berskala besar kepada Afrika dan Asia.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, semua pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut perlu menahan diri daripada mengambil sebarang tindakan yang akan menjejaskan bekalan makanan global yang baru menunjukkan tanda pemulihan.

“Adalah penting bagi semua pihak menahan diri daripada sebarang tindakan yang akan membahayakan Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang merupakan usaha kemanusiaan yang sangat kritikal untuk diteruskan,” tegasnya.

Pelabuhan Sevastopol di Semenanjung Crimea telah menjadi sasaran utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan berfungsi sebagai ibu pejabat armada Laut Hitam serta hab logistik Russia untuk operasi di Ukraine. – AFP 

The post Russia gantung penyertaan perjanjian eksport bijirin appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!