Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kajian Buktikan KESUNYIAN Boleh Bawa MAUT, Risiko Strok Secara Mendadak!

Berdepan dengan rasa kesunyian secara tiba-tiba adalah normal dalam kalangan manusia. Tetapi, ketahuilah bahawa perasaan ini tidak normal apabila anda sering merasakannya sepanjang waktu. Ini kerana, sindrom kesunyian ini jika dibiarkan lama ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

Menurut satu kajian, perasaan kesunyian mungkin meningkatkan risiko strok secara mendadak. Sangat merisaukan! Namun, jangan keliru antara perasaan sunyi dan berdikari.

Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global

KESUNYIAN BOLEH BAWA MAUT-KAJIAN

kesunyian

Foto: Cleverism

Penyelidikan oleh Universiti Harvard, di Amerika Syarikat mendapati bahawa perasaan sunyi boleh meningkatkan risiko 50% berdepan dengan maut. Hal ini kerana, saintis telah menjalankan penyelidikan kepada kira-kira 12,000 responden berumur 50 tahun ke atas yang dilakukan antara 2006 dan 2018.

Mereka mendapati, responden yang berdepan dengan kesunyian dalam tempoh yang lama berisiko jauh lebih tinggi mengalami strok. Pengarang utama dari Harvard TH Chan School of Public Health, Dr Yenee Soh, berkata:

“Kesunyian semakin dianggap sebagai isu kesihatan awam yang utama. Penemuan kami lebih menekankan mengapa itu berlaku terutama apabila dialami secara kronik. Kajian kami mencadangkan kesunyian mungkin memainkan peranan penting dalam kejadian strok, dan menjadi salah satu punca kematian di seluruh dunia.” katanya.

Antara tanda menunjukkan anda mengalami kesunyian:

-Gemar ‘stalking’
-Mengasingkan diri
-Sikap kesempurnaan (perfectionist)
-Suka mengkritik diri sendiri
-Perlukan perhatian orang sekeliling dan alam maya
-Alami gangguan tidur
-Mudah jatuh sakit
-Sering menghabiskan masa dengan mandi atau berendam

Kajian yang diterbitkan dalam eClinicalMedicine ini menggunakan data dari 2006 hingga 2018 dari University of Michigan Health and Retirement Study. Seramai 12,161 orang berumur 50 tahun ke atas yang tidak pernah mengalami strok ditanya soalan mengenai kesunyian antara 2006 dan 2008.

Empat tahun kemudian, 8,936 orang yang masih dalam kajian menjawab soalan yang sama dan penyelidik kemudian mengumpulkan mereka mengikut jawapan mereka pada dua masa itu.

Kumpulan itu ialah sentiasa rendah” (mereka yang mendapat markah rendah pada skala kesunyian pada kedua-dua masa); “beransur pulih” (mereka yang mendapat markah tinggi pada mulanya dan rendah pada susulan); “baru bermula” (mereka yang mendapat markah rendah pada mulanya dan tinggi pada susulan); dan “sentiasa tinggi” (mereka yang mendapat markah tinggi pada kedua-dua masa permulaan dan susulan).

Selepas mengawal faktor seperti pengasingan sosial dan gejala kemurungan, yang berkaitan rapat dengan kesunyian tetapi berbeza, penyelidik mendapati bahawa mereka yang dianggap sunyi pada permulaan kajian mempunyai risiko strok 25 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak alami sunyi.

Antara mereka yang mendapat markah “sentiasa tinggi” untuk kesunyian pada kedua-dua masa, terdapat risiko strok 56 peratus lebih tinggi berbanding mereka dalam kumpulan “sentiasa rendah”.

Orang yang mengalami kesunyian ini tidak boleh ditinggalkan kerana jika kita gagal menangani perasaan kesunyian mereka, pada skala mikro dan makro mungkin mereka ada masalah kesihatan. Orang ada perasaan kesunyian seharusnya dibantu dan bukan diasingkan secara sosial.

Malah, mengejutkan bahawa salam kajian terdahulu oleh University of York, mendapati bahawa orang yang merasa sunyi adalah kira-kira 30 peratus lebih mungkin mengalami strok atau penyakit jantung, iaitu dua punca utama kematian di Britain.

kesunyian

Foto: UCLA Health

*Jadi, anda seorang yang mengalami kesunyian pada skala berapa dari 1-10?

Baca juga: Budak 12 Tahun Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup Akibat Kerap Makan Ayam Goreng

Sumber: Berita Harian

The post Kajian Buktikan KESUNYIAN Boleh Bawa MAUT, Risiko Strok Secara Mendadak! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!