Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Banyak Lebihan Daging Korban Cuba Resepi Daging Goreng Cili Padi Limau Ini. Fuhh!

Kalau ada banyak lebihan daging korban di rumah dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba daging goreng cili padi limau seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini.

Dipadankan dengan nasi panas dan kicap, confirm tak cukup sepinggan! Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Ruginya kalau tak cuba.

Baca juga: Resepi Daging Dendeng Paling Sedap, Rasanya Memang Padu!

RESEPI DAGING GORENG CILI PADI LIMAU, KECUR AIR LIUR!

DAGING GORENG CILI PADI

Bahan A:

  • Daging
  • Bawang putih 3 ulas
  • Biji ketumbar 1 sudu
  • Jintan putih 1 sudu

1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.

2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.

Bahan B:

  • Cili merah besar 2x
  • Cili padi merah 6x
  • Bawang merah besar 1/2 biji
  • Bawang holland 1/2 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Tomato 1 biji
  • Limau nipis

Cara penyediaan:

1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.

2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.

3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut. 

Sedia untuk dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sup Tulang Daging Korban Ala Thai, Masam Pedas Memang Puas Hirup!

Sumber: Facebook Yatiekitchen

The post Banyak Lebihan Daging Korban, Cuba Resepi Daging Goreng Cili Padi Limau Ini. Fuhh! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!