Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Arenas buru gelaran Moto2 sebelum ke saingan MotoGP

MADRID – Pelumba Sepanyol, Albert Arenas yang akan melengkapkan musim ketiganya dalam kelas Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) enggan terburu-buru melangkah ke kelas perdana.

Pelumba berusia 26 tahun itu beralih menyertai pasukan Red Bull KTM Ajo menegaskan, dia ingin dinobatkan sebagai juara saingan Moto2 sebelum beraksi ke kelas lebih tinggi.

Arenas yang dinobatkan juara Moto3 pada 2020 ketika bersama Aspar Team dinaikkan pangkat ke Moto2 bersama pasukan Aspar Moto2 sejak 2021.

Meskipun akui bukan satu tugas mudah untuk memburu gelaran Moto2, namun pelumba berusia 26 tahun itu menegaskan objektif utamanya adalah untuk muncul juara.

“Sudah tentu saingan Moto2 lebih rumit dan seperti yang saya katakan sebelum ini, objektif saya sebagai pelumba sentiasa untuk menang.

“Saya tidak bercadang untuk naik ke MotoGP dan saya perlu berusaha memenangi kejuaraan. Saya mahu melangkah ke kelas perdana itu dengan merit.

“Itulah matlamat yang saya tetapkan sebelum melangkah ke kelas perdana MotoGP,” katanya yang menduduki tangga ke-12 musim lalu.

Pada musim ini, Arenas akan bergandingan dengan rakan se­negaranya, Pedro Acosta. – AGENSI

The post Arenas buru gelaran Moto2 sebelum ke saingan MotoGP appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!