Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Hilang kerja gara-gara kerap ‘cuti’ jaga anak sakit

KLANG – Diuji dengan pelbagai dugaan sedikitpun tidak melunturkan kasih seorang ibu kepada anak-anaknya, malah wanita itu tetap cekal dalam menjaga dan membesarkan tiga cahaya mata termasuk seorang yang mengidap Cerebral Palsy (CP).

Noor Aisah Gupri, 32, yang merupakan ibu tunggal berkata, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, dia kini memikul tanggungjawab besar bagi memastikan anak-anaknya selesa dalam menjalani kehidupan.

Menurut Noor Aisah, anak keduanya iaitu Dian Maisarah Mohamad Shamsul, 7, telah di­sahkan doktor dan mengidap sindrom CP sejak lahir.

Dua lagi anaknya adalah Dian Sabrina, 9, dan Arif Hilman, 6.

“Dian Maisarah memerlukan pemerhatian khusus termasuk dari segi makanan.

“Anak sulung dan bongsu pula masih bersekolah dan saya kena cari wang secukupnya bagi memastikan mereka mampu belajar dengan baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Meru, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengurup wang dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun katanya, dia diberhentikan kerja ekoran ke­rap mengambil cuti untuk membawa Dian Maisarah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang setiap bulan.

“Dian Maisarah perlu menjalani rawatan di HTAR tiga kali sebulan dan saya juga terpaksa mengambil cuti sekiranya anak tiba-tiba sakit.

“Selepas diberhentikan kerja, saya ambil keputusan untuk berniaga lauk-pauk dengan kakak sejak Jun tahun lalu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Noor Aisah menjelaskan mendapat bantuan lampin pakai buang dan susu khas setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Orang ramai yang ingin membantu boleh meng­hubungi Noor Aisah di talian 016-562 9879 atau menyalurkan terus ke dalam akaun Maybank bernombor 162731095006.

The post Hilang kerja gara-gara kerap ‘cuti’ jaga anak sakit appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!