Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Nampak Elok Tapi Rupanya Gigi Goyang Akibat Karang Gigi, Doktor Pesan Kena Buat ‘Scaling’

Siapa sangka gigi yang kelihatan elok dan tidak berlubang, rupanya boleh memberikan anda kesakitan sepanjang hari dek kerana ia bergoyang teruk.

Melalui pengalaman pesakit yang dikongsikan oleh seorang Doktor Gigi, Khairul Izwan, ia berpunca kerana terdapat banyaknya karang gigi yang berkumpul di bahagian akar gigi sehingga menyebabkan tulang dan gusi menjadi reput. Jadi pesannya, rajinkan diri memberus dan floss gigi setiap hari dan mendapatkan rawatan scaling setiap tahun.

Baca juga: Akibat Terlalu Stres, Isteri Diserang Sesak Nafas 3 Pagi- ‘Wahai Suami Dengarlah Luahan Isteri…’

BERUS & FLOSS GIGI SETIAP HARI, RAWATAN SCALING SETIAP TAHUN

Ini gigi seorang pesakit saya.

Pesakit mengadu gigi geraham dia yang sebelah kiri atas tu bergoyang sejak sebulan dua ni. Sakitlah bila nak mengunyah makanan tu sebab gigi tak duduk diam.

Jadi dia minta tolong saya cabutkan. Macam biasalah sebelum cabut saya periksa dahulu mulut pesakit secara keseluruhan.

GIGI MASIH ELOK TIADA BERLUBANG TAPI BERGOYANG TERUK

Betullah ada satu gigi atas kiri tu yang bergoyang teruk. Lekat sikit ja dengan gusi. Gigi pula nampak masih elok. Satu lubang pun tak ada.

Lepas dah cabut gigi tu, saya tunjukkan kepada tuannya.

IA DISEBABKAN BANYAK KARANG GIGI BERKUMPUL HINGGA KE BAHAGIAN AKAR

Gambar hiasan scaling: Google.com.

Saya bagitau gigi ni bergoyang sebab banyak sangat karang gigi. Sampai ke bahagian akar gigi karang tu berkumpul.

Lama-lama karang gigi tu reputkan tulang dan gusi. Sebab itu gigi jadi bergoyang.

Saya pesan supaya nanti buat rawatan scaling untuk bersihkan karang gigi sebelum gigi yang lain pula bergoyang sama nanti.

Jadi saya nak pesan benda yang sama dekat semua pembaca supaya selalu berus gigi dan floss gigi setiap hari, kemudian buat rawatan scaling di klinik gigi setiap tahun ya.

Tak dapat buat 6 bulan sekali, setahun sekali pun dah memadai ya.

Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan

The post Nampak Elok Tapi Rupanya Gigi Goyang Akibat Karang Gigi, Doktor Pesan Kena Buat ‘Scaling’ first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!