Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Ibu cekal jaga dua anak istimewa berusia 43 dan 32 tahun

SUNGAI PETANI – Tiada apa yang diharapkan daripada seorang ibu tunggal selain berdoa agar terus diberikan kesihatan terbaik bagi membolehkannya terus menjaga dua anak lelaki yang mengalami masalah terencat akal.

Satariah Ahmad, 66, dari Kampung Tempoyak, Merbok dekat sini berkata, dia cekal untuk bersendirian menjaga dan menguruskan dua anak lelaki istimewanya sejak 43 tahun lalu.

Kata Satariah, dua anak lelakinya iaitu Jamaluddin Abu Hassan, 43, dan Mohd. Shukri, 32, dikesan mengidap penyakit itu sejak kecil sehingga mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri.

“Saya tidak seperti ibu lain yang mempunyai banyak masa terluang, sebaliknya perlu membahagikan masa mengikut ke­sesuaian kerana dua anak ke­sayangan ini perlukan perhatian sepanjang masa.

“Bagaimanapun, saya sama sekali tidak pernah mengeluh kerana beranggapan dua anak istimewa ini merupakan amanah Allah untuk dijaga sebaik mungkin,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Merbok, baru-baru ini.

Menurut Satariah, dia mempunyai dua lagi anak perempuan berusia 50 tahun dan 25 tahun hasil perkahwinan dengan suaminya, namun kedua-dua anak­nya tinggal berasingan selepas mendirikan rumah tangga.

“Beban saya tidak seberat 15 tahun lalu kerana ketika itu, suami masih hidup dan dia turut membantu mengurus anak kami.

“Selepas suami meninggal dunia kerana lemas di laut, saya yang terpaksa mengambil tanggungjawab mengurus rumah, menyediakan makan minum anak-anak dan menjaga kebajikan harian mereka,” katanya.

Menurut Satariah, setiap kali keluar membeli barangan rumah atau membeli juadah, dia sentiasa berdoa semoga Allah memelihara dan menjaga dua anak istimewa yang ditinggalkan.

“Saya tidak mengunci pintu ketika meninggalkan mereka ke­rana bimbang keselamatan jika rumah terbakar atau sebagainya.

“Apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa agar keselamatan dua anak saya terpelihara dan dalam masa sama saya diberi kesihatan yang baik untuk mengurus mereka,” katanya.

Kata Satariah, dia bersyukur kerana ketika ini menerima wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kategori anak cacat selain bantuan zakat bagi menampung kehidupannya.

The post Ibu cekal jaga dua anak istimewa berusia 43 dan 32 tahun appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!