Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Pakai Air Sejuk Pun Sedap!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap pagi mesti nak sedia sarapan yang lazat untuk keluarga di rumah. Kali ini, kami nak ajak anda buat Jemput Jemput Kentang lembut sampai ke petang.
Sejak kecil lagi ibu kita akan buatkan pelbagai jenis jemput jemput yang sedap. Bukan saja caranya mudah, malah bahannya juga tak banyak yang digunakan.
Jika nak makan sendiri, bolehlah meriahkan bahan mengikut citarasa. Maklumlah, lebih puas buat dengan air tangan sendiri di rumah.
Seperti perkongsian oleh Mamaa Sal di Facebook, Jemput Jemput Kentang lembut yang dibuatnya tak kedekut bahan dan sedapnya tak terkata. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Elak Kentang Hitam Selepas Dikupas, Biar Satu Malam Pun Tak Apa!
RESIPI JEMPUT JEMPUT KENTANG LEMBUT
Bahan-bahan:
- Tepung gandum
- Ikan bilis
- Lobak merah
- Kentang
- Bawang besar
- Air sejuk (macam dalam peti ais)
- Garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan tepung dalam bekas besar supaya senang nak gaulkan nanti.
2. Masukkan sedikit garam dan air sejuk. Air itu pun agak agak saja tapi jangan sikit sangat, biar cair sedikit adunan ini.
*Bukan air masak kosong kerana itulah syaratnya, baru jemput jemput lembut.
3. Bahan-bahan di atas itu kena basuh dan potong halus serta kasi banyak. Apabila gaul nanti, bahan kena lagi banyak dari tepung.
4. Setelah siap potong halus, masukkan ke dalam tepung yang sudah siap dibancuh tadi.
5. Seterusnya, gaulkan semua bahan dan sedialah nak goreng. Pastikan adunan itu tak terlalu keras, jadi apabila letak dalam senduk nanti senang saja adunan tepung itu turun.
6. Akhir sekali, panaskan minyak dan bolehlah gorengkan tapi jangan garing sangat, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Setelah siap Jemput Jemput Kentang lembut ini, anda boleh hidangkannya bersama sos pencicah atau sambal tumis. Tak kisahlah nak buat untuk sarapan atau minum petang, tapi sedapnya memang tak terkata.
Selamat mencuba!
Sumber: Mamaa Sal
Baca juga: Jemput Jemput Ikan Bilis, Nak Rangup Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Sebelum Goreng!
The post Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Pakai Air Sejuk Pun Sedap! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan