Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Resepi Popia Daging Caramel Ini Memang Lain Daripada Yang Lain Inti Pedas-Pedas Manis!

Kalau anda inginkan kelainan untuk dihidangkan kepada tetamu, ada satu resepi popia daging caramel yang boleh dicuba buat sendiri di rumah.

Resipi popia ini lain daripada lain kerana menggunakan satu bahan rahsia yang ramai tak tahu. Kalau nak tahu apa, kena baca sampai habis!

Baca juga: Resepi Kaswi Pandan Gedik Viral, Lembut & Kenyal Sangat!

RESEPI POPIA DAGING CARAMEL, LAIN DARIPADA LAIN!

RESEPI POPIA DAGING

Bahan-bahan:

  • 500g daging (dipotong kecil)
  • Bawang holland 1 biji potong dadu
  • Cili bengala (potong dadu kecil)
  • Kentang 3 biji (potong dadu kecil)
  • Daun sup  (potong kecil)
  • Bawang putih 3 ulas (cincang)
  • Kicap caramel pekat 3 sudu
  • Sos tiram 2 sudu
  • Kiub ayam half
  • Black pepper
  • Sedikit garam
  • Cheese mozarella
  • Kulit popia

RESEPI POPIA DAGING

Cara penyediaan: 

1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging yang dicincang halus dan biarkan sehingga masak.

3. Masukkan kentang, kicap caramel, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam.

4.  Gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan cili bengala dan daun sup.

5. Sejukkan inti sebelum balut kulit popia. Letak chesse mozarella dekat atas dan boleh mula membalut.

RESEPI POPIA DAGING

*Jangan lupa gam di bahagian hujung kulit popia menggunakan tepung yang dibancuh dengan air. Takut masa goreng nanit terbuka dan meletup pula.

Sedia untuk dihidangkan. Confirm anak-anak suka!

Baca juga: Resepi Jeruk Mangga Telur Masam Manis Paling Rangup, Kecur Air Liur!

Sumber: Facebook Neateyla

The post Resepi Popia Daging Caramel Ini Memang Lain Daripada Yang Lain, Inti Pedas-Pedas Manis! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!