Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Lelaki Ditahan Kerana Curi Buah Kelapa Sawit

Lelaki Ditahan Kerana Curi Buah Kelapa Sawit

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki cuba mencuri buah kelapa sawit di Ladang Felda Kalabakan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti curi buah kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Katanya, anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Kalabakan digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan serbuan di sebuah ladang sawit.

Baca: Cubaan Seludup 1150 Liter Petrol Gagal

“Hasil serbuan itu, anggota RCJ mengesan sebuah lori sarat dengan muatan buah kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut, suspek didapati membawa buah kelapa sawit dipercayai hasil curi di ladang berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah boleh menyalurkan terus kepada pihak Polis.

“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang dimuat naik melalui telefon bimbit.

“Saya menyeru seluruh masyarakat di daerah ini supaya bersama-sama berganding bahu bagi membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa,” katanya. – Info X

The post Lelaki Ditahan Kerana Curi Buah Kelapa Sawit appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!