Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Anak Cepat Pandai Kalau Guna 5 Bahan Ini, Bantu Perkembangan Otak Si Kecil!

Apakah itu kemahiran kognitif? Kemahiran kognitif merujuk kepada kemahiran berfikir, menumpukan perhatian, membaca, memberi alasan, mengingat dan belajar. Perlu diingatkan bahawa dalam masa enam tahun pertama, kanak-kanak mempunyai minda yang hebat untuk menyerap segala maklumat dengan baik.

Jadi, dalam tempoh itulah ibu ayah boleh bantu untuk tingkatkan lagi perkembangan kemahiran kognitif mereka sambil bantu merangsang perkembangan kedua-dua otak. Bagaimana caranya? Di bawah kami kongsikan bahan yang dapat bantu tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak.

Baca juga: Anak Suka Tidur Lewat? Ini 10 Tips Ubah Rutin Tidur Lebih Awal

5 BAHAN INI DAPAT BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK

kemahiran kognitif

Menerusi bahan-bahan di bawah, kemahiran kognitif dapat ditingkatkan dan sangat berguna.

1. BLOK LEGO

kemahiran kognitif

– Dapat membantu anak belajar menyusun mengikut warna.

– Belajar membilang asas 1:1.

– Belajar gabungan perkataan KVK.

2. PUZZLE

kemahiran kognitif

– Boleh belajar kemahiran berfikir logik dengan mengecam objek dan warna.

– Belajar bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.

– Puzzle boleh dijadikan alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf dan lain-lain.

3. KAD IMBASAN

– Dua bentuk rangsangan dilakukan iaitu ransangan penglihatan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan ransangan pendengaran melalui sebutan yang diperdengarkan.

– Boleh digunakan untuk aktiviti memory game sambil bantu ingatan anak-anak.

4. BUSY BAG

– Tingkatkan kosa kata dan boleh belajar perkataan baharu.

– Tingkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

– Belajar warna, huruf nombor dan lain-lain.

5. BUKU BRAINSTORMING

– Belajar bentuk geometri asas, pola, arah susunan.

– Faham konsep tambah, tolak dengan bantuan ilustrasi yang sangat menarik.

– Meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui lukisan yang dihasilkan.

Jadi, jangan lupa beli dan beri anak main untuk tingkatkan kemahiran mereka. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

The post Anak Cepat Pandai Kalau Guna 5 Bahan Ini, Bantu Perkembangan Otak Si Kecil! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!