Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut, Petua Kecantikan Orang Siam!

Setiap kali melihat kulit wanita dari negara Thailand, pasti anda akan cemburu dengan kemulusan dan kegebuan kulit mereka. Tiada sebarang cela di wajah, pasti anda tertanya-tanya apa cara nak hilangkan jerawat dan parut yang boleh digunakan hasil dari petua mereka?

Rupa-rupanya ada petua menggunakan beras pulut yang bukan sahaja enak dijadikan menu pulut ayam, malah sangat disarankan untuk dijadikan masker wajah bagi memuluskan kulit! Tak percaya? Jom cuba!

Baca juga: Banyak Ketulan ‘Daging Lebih’ Tumbuh Di Kulit, Guna Cara INI Untuk Hapuskan Selama-Lamanya!

CARA NAK HILANGKAN JERAWAT GUNA MASK BERAS PULUT

cara nak hilangkan jerawat

Jom tengok apa bahan-bahannya:

-4 sudu besar beras pulut
-2 sudu besar rose bud
-1 sudu besar susu tepung
-Sedikit air mawar

Cara-Caranya:

1.Kisar kering semua bahan satu persatu. Kisar sampai jadi halus.

2.Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.

3.Kemudian, baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.

4.Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.

5.Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.

6.Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan mask dan lulurkan dahulu sebentar.

7.Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.

8.Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

Kelebihan Mask Rose & Beras Pulut

cara nak hilangkan jerawat

Setelah anda cuba baru anda akan tahu hasilnya! Hal ini kerana, gabungan beras pulut dan rose bud buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh membantu menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud juga mengandungi dua kali ganda Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula memberikan kesan cerah dan lembap pada kulit. Apa yang anda boleh buat adalah, lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil yang ‘superb glow’ dan cerah gebu.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Perlu Modal Mahal, DIY Je Mask Buang Blackhead Guna 2 Barang Di Rumah Ini

Sumber: Siti Zainab 

The post Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut, Petua Kecantikan Orang Siam! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!