Jururawat Bius 2 Pesakit Sehingga Maut Dipenjara Seumur Hidup
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jururawat Bius 2 Pesakit Sehingga Maut Dipenjara Seumur Hidup
Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pihak pendakwaan turut mendakwanya atas enam pertuduhan cubaan membunuh.
Baca: Lelaki Tumbuk Jururawat Kerana Suntik Vaksin Covid-19 Kepada Isteri
Disebabkan kesalahan yang dilakukan amat serius, mahkamah memutuskan lelaki itu hampir pasti tidak layak dibebaskan awal selepas 15 tahun. Mahkamah juga mengenakan larangan bekerja sebagai jururawat seumur hidup.
Tertuduh mengaku bahawa dia telah menyuntik pesakit dengan dos berlebihan di wad pemulihan di sebuah hospital di Munich.
Dalam hujah pembelaannya, tertuduh mendakwa dia sering meminum alkohol sebelum bertugas dan akan tidur di tempat kerja.
Oleh itu, dia membius pesakit dengan dos berlebihan supaya dia tidak diganggu.-hmetro
The post Jururawat Bius 2 Pesakit Sehingga Maut Dipenjara Seumur Hidup appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan