Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Pindah Rumah Flat Dengan Lembu

Pindah Rumah Flat Dengan Lembu

Bukan hanya membawa harta benda, seorang penduduk kampung di Sichuan, China turut membawa ternakan lembu ketika berpindah ke rumah flat.

Wanita itu mencetuskan debat dalam media sosial Douyin apabila video menunjukkan tujuh anak lembunya ‘berehat’ di balkoni tingkat lima rumahnya tular sejak 19 Julai lalu.

Difahamkan, kediaman itu dihuni penduduk yang dipindahkan dari kampung setinggan kawasan berhampiran.

Penduduk mula menyedari lembu ‘menghuni’ flat itu selepas mendengar bunyi ternakan berkenaan dan bau busuk.

Ada penduduk yang merekod bunyi terbabit dan berkongsi dalam kumpulan sembang, menurut agensi Fengmian News yang dilapor AsiaOne.

“Menjelang tengah hari, kes penternakan haram itu tersebar dan semua orang bercakap mengenainya, sebelum saya membuat laporan kepada pihak berkuasa,” kata seorang penduduk.

Tujuh lembu itu yang setiap satu berat antara 10 ke 20 kilogram, hanya berada di balkoni flat selama sehari, sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dilaporkan pemilik ternakan itu tidak memberi kerjasama ketika operasi pihak berkuasa 14 Julai lalu, namun semua anak lembunya tetap berjaya dipindahkan dan disita sehingga keesokan hari.

Penduduk berkata tidak melihat lembu terbabit selepas itu, namun pada hari ia diserahkan kembali kepada pemilik, mereka mendapati semua ternakan itu diletakkan dalam kenderaan di luar flat.-hmetro

The post Pindah Rumah Flat Dengan Lembu appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!