Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Siapa Sangka Melalui Jari Juga Boleh Kesan Penyakit, Terutama Sel-Sel Kanser!

Siapa sangka melalui jari juga dipercayai boleh mengesan sesuatu penyakit, selain melakukan diagnosis di hospital. Sebagaimana hantaran bermanfaat yang dikongsikan oleh saudara Huzaifa Taufiq Zailani mengenai tanda penyakit melalui jari.

Biarpun begitu, kaedah ini boleh dianggap sebagai langkah awal untuk mengesan kemungkinan penyakit yang dialami. Pembaca dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan susulan di hospital bagi mendapatkan kepastian dari pakar perubatan yang bertauliah.

Baca juga: [VIDEO] Teknik Urutan Melegakan Sakit Belakang, Rasa Cergas & Sihat Semula!

TANDA PENYAKIT MELALUI JARI

tanda penyakit melalui jari

Gambar: amikamoda

RAHSIA TANDA-TANDA PENYAKIT MELALUI JARI

Bismillah!

  • Jari telunjuk: Usus
  • Jari tengah: Jantung
  • Jari Manis: Imuniti
  • Jari kelengkeng: Rahim atau Tulang Belakang

1. Ruas jari kehitaman

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari. Kalau ruas jari kehitaman, itu maknanya badan penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan dijangkiti sembelit.

2. Tapak tangan berbintik

Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Paling suka marah-marah itu mungkin banyak angin dalam badan kerana itulah selalu rasa nak marah dan naik angin saja.

3. Perut ibu jari berwarna biru kehijauan

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan, maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru.

Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

4. Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab

tanda penyakit melalui jari

Gambar: KelabMama

Itu tandanya badan mudah diserang sel-sel kanser.

5. Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan

Warna urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu menghidapi stres atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

6. Jari kelengkeng bengkok

Bagi seorang wanita cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim jatuh.

7. Bulan sabit warna putih pada kuku

Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari, bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Manakala, sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat, Insya Allah.

Sekiranya, ada tanda-tanda seperti di atas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian. Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan, nanti penyakit lain pula yang datang.

Walallahua’lam.

Baca juga: Cara Cepat KEMPIS Perut Lepas Bersalin, Tubuh Mama Pasti Kembali ‘Slim’!

Sumber: Huzaifa Taufiq Zailani

FT Image: Google

The post Siapa Sangka Melalui Jari Juga Boleh Kesan Penyakit, Terutama Sel-Sel Kanser! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!