Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Maut Berebut Ceduk Bahan Api Dari Lori Terbabas

Maut Berebut Ceduk Bahan Api Dari Lori Terbabas

Polis Nigeria pada Isnin mengesahkan berpuluh-puluh orang terbunuh dalam letupan lori tangki bahan api di negeri Ondo pada Ahad.

Mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika sedang mengumpul bahan api dari lori tangki yang terbabas dan terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di bandar Ore Ondo, kata jurucakap polis di Ondo, Funmilayo Odunlami, lapor Xinhua.

Odunlami berkata, siasatan polis mengesahkan mangsa sedang “menceduk bahan api dari lori tangki” semasa kebakaran bermula.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.

Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendengar bunyi dentuman kuat.

Akhbar tempatan Punch yang memetik saksi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak turut terkorban.

Kegiatan mengumpul bahan api dari lori tangki biasa berlaku di Nigeria dan kerap menyebabkan kematian serta kemusnahan.-hmetro

The post Maut Berebut Ceduk Bahan Api Dari Lori Terbabas appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!