Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Pengaruh LGBTQ makin kuat di Barat

Apakah isyarat sekiranya seseorang individu, kelompok atau entiti itu amat berpengaruh dan berkuasa ibarat ‘the untouchables’. Jawapannya mudah, tiada kritikan, ejekan dan karikatur murahan terhadap mereka dibenarkan sama ada di media cetak dan media elektronik, malah perbuatan sebaliknya diibarat sengaja mengundang padah.

Sebelum ini, sebuah kelompok secara amnya boleh dikatakan menikmati keistimewaan itu. Di Barat, orang boleh berjenaka tentang apa sahaja termasuk agama Kristian, mempersendakan Pope atau agama lain seperti Islam atas nama hak asasi dan kebebasan bersuara tetapi bukan tentang mereka.

Kini satu lagi kelompok muncul dan meluaskan pengaruh di Barat, Mereka ialah lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ). Jika beberapa dekad lalu mereka disisihkan, komuniti tersebut kini bukan sahaja diterima, bahkan diraikan di Barat. Media dan pemimpin Barat menanam doktrin bahawa apa yang dianggap tabu pada masa lalu telah menjadi norma baharu kehidupan masyarakat sekarang dan di masa hadapan.

Pihak yang mengkritik LGBTQ dicemuh sebagai mundur dan terbelakang sekali gus bukan penegak hak asasi manusia. Barat cuba mempengaruhi negara-negara lain supaya menerima LGBTQ. Apa yang berlaku kepada Qatar selaku hos Piala Dunia 2022 memberi isyarat pengaruh kuat komuniti itu.

Pengaruh LGBTQ terbukti apabila sebilangan kamus dan terbaharu, Kamus Cambridge merombak definisi perkataan ‘lelaki’ serta ‘wanita’ untuk merangkumi individu transgender. Perubahan makna itu menyaksikan wanita ditakrifkan sebagai ‘orang dewasa yang menganggap diri mereka perempuan walaupun memiliki jantina berbeza semasa lahir’. Ia sekali gus mengetepikan definisi secara saintifik.

Perkembangan semasa juga menyaksikan England dan Wales mengadakan banci LGBTQ pada 2021 sekali gus antara negeri pertama berbuat demikian.

Menurut Badan Penyiaran Britain (BBC), hasil banci secara sukarela itu mendapati daripada sekitar 59.6 juta penduduk England dan Wales, lebih 1.3 juta orang mengaku diri mereka memiliki orientasi gay, lesbian atau biseksual. Di peringkat global pula, seorang pakar menyatakan bahawa bilangan individu LGBTQ adalah sekitar 10 peratus daripada populasi dunia. Anggaran itu dibuat beberapa tahun lalu dan populasi dunia sekarang adalah sekitar 8 bilion orang.

Sekarang tema LGBTQ ada di mana-mana sahaja, bahkan drama cinta mereka boleh ditonton menerusi perkhidmatan penstriman popular (penulis tidak mahu menamakan mereka) oleh semua peringkat umur dan bukan lagi dianggap sebagai tabu.

Dalam erti kata lain Barat sudah menerima secara rasmi dan nyata komuniti LGBTQ dan pengaruh mereka akan semakin meluas. Penulis mengambil pendekatan deskriptif dan bukannya preskriptif apabila menulis artikel ini. Benar juga slogan sebuah pertubuhan penyokong LGBTQ di Amerika Syarikat yang suatu masa dahulu menyatakan: “Kami berada di mana-mana sahaja”.

The post Pengaruh LGBTQ makin kuat di Barat appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!