Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Kuih Cakoi Goreng Cara Mudah Ini Dapat Lebih 1.1K Shares, Hanya Guna 4 Bahan Je

https://ift.tt/Hx9N6ST

kuih cakoi goreng

Jom buat Kuih Cakoi Goreng dan kebiaasannya kuih ini dihidangkan ketika minum petang atau berbuka puasa. Memang nikmati jika dinikmati bersama kopi atau teh panas. 

Sambil-sambil itu cicah pula dengan kaya pandan, fuhh penuh rasa tu dalam mulut.

Baca juga: “True Malaysian,” – Makcik Jual Cakoi Ini Fasih ‘Giler’ Berbahasa Kantonis 

Selain dimakan bersama-sama dengan kaya, ia juga boleh dicicah dengan kuah pandan atau kastard. Bagi gemar rasa manis boleh gandingkan bersama susu manis.

Bagi yang meminati kuih cakoi goreng ini, boleh ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sophea Amri ini. Resipi perkongsiannya sangat simple, mudah dan lazat sangat. Sangat mudah dan pasti menjadi. Hanya guna 4 bahan ini sahaja.

Jom kita lihat cara membuatnya.


RESIPI KUIH CAKOI GORENG

kuih cakoi goreng

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sdk yis
  • 2 sdb gula

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je)

2. Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli bersama selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.

3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek. 

4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan. 

5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.

6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.


Nota tambahan: Saya suka buat kecil-kecil sebab layan makan satu mulut rangup gebu aje. Kalau nak buat besar-besar pun boleh, ikut selera masing-masing.

Terima kasih kepada Cik Puan Sophea Amri kerana sudi berkongsi resipi mudah membuat cakoi ini. Semoga bermanfaat buat semua! 

Baca juga: Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi

The post Kuih Cakoi Goreng Cara Mudah Ini Dapat Lebih 1.1K Shares, Hanya Guna 4 Bahan Je appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!