Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Guru sanggup berkorban, beli sendiri printer

BARU-BARU ini kecoh lagi sekali dalam kalangan warga pendidik mengenai isu sistem Pengurusan Identiti (iDME) yang gagal diakses oleh para guru sehingga menimbulkan keresahan dan tekanan kepada mereka.

Isu berkaitan sistem Perekodan Data secara berpusat Kementerian Pendidikan Malaysia ini bukan masalah baharu kerana tahun-tahun sebelum itu pernah berlaku apabila para guru terpaksa bersengkang mata mengisi data pelajar pada waktu dinihari dan hari minggu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik.

Masalah itu menyebabkan timbul bantahan dalam kalangan warga pendidik yang mendesak supaya iDME dimansuhkan atau dinaik taraf terlebih dahulu sebelum beroperasi kerana memberi satu bebanan kepada guru.

Mereka berpendapat, sistem sedia ada lebih mudah berbanding iDME yang bukan saja menyusahkan, malah dianggap seperti kerja sia-sia apabila perlu melakukan perkara sama berulang kali, antaranya data yang dimasukkan dikatakan ‘hilang’ apabila sistem itu dibuka semula kemudian.

Kita bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh para guru, tambahan pula pelaksanaan sesuatu program itu kelihatan tidak dilakukan dengan baik dan terancang.

Sama ada program itu dilaksanakan secara percubaan try and error atau dikendalikan oleh mereka yang bukan benar-benar pakar atau mungkin kos ‘membina’ sistem itu sendiri tidak sejajar untuk menampung trafik guru.

Berdasarkan statistik tahun 2020, terdapat kira-kira 400,000 guru di negara ini yang berkhidmat mendidik kira-kira 2.7 juta pelajar sekolah rendah, 2 juta pelajar sekolah menengah dan hampir 200,000 prasekolah seluruh negara.

Ternyata 400,000 tenaga pengajar ini saban masa berdepan seribu satu kerenah hampir 5 juta ‘pelanggan’ mereka (belum lagi mengambil kira jumlah ibu bapa) dalam menunaikan amanah sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.

Tentu sekali lagi dalam menunaikan tanggungjawab itu, pelbagai kemudahan dan peralatan diperlukan baik dalam bentuk alatan mengajar serta gajet-gajet terkini seperti komputer, mesin cetak (printer), alat pengimbas (scanner), projektor dan sebagainya.

Penulis tertarik dengan satu komen seorang kakitangan swasta baru-baru ini mengenai rasa hairan beliau dengan sikap para guru yang bertindak membeli sendiri pelbagai peralatan bukan sahaja printer, malah kerusi meja untuk tugas hakiki di sekolah sedangkan budaya seperti itu tidak berlaku di sektor swasta.

Katanya, waima pen dan kertas pun, jika majikan tidak sediakan maka bermakna sesuatu kerja itu tidak akan dilaksanakan oleh pekerja swasta terbabit.

Pada penulis, komen itu datang daripada seorang yang kurang memahami suasana bekerja sebagai seorang guru. Tekanan dan bebanan tidak sekadar masuk ke kelas berdepan 30 hingga 40 pelajar (darab tiga atau empat kelas sehari) tetapi pelbagai tugas sampingan yang perlu disegerakan.

Majoriti dalam kalangan mereka tidak berkira untuk mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik. Jika ada rungutan di sana sini, jumlah tersebut sangat kecil dan ada sebab tersendiri.

Oleh sebab itu, isu iDME dan membeli printer sendiri adalah dua perkara yang mungkin kecil pada seseorang tetapi amat besar kepada seseorang yang lain. Semoga dapat menjadi renungan pak menteri dan mak menteri.

The post Guru sanggup berkorban, beli sendiri printer appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!