Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pelajar Tahun 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan, Disyaki Selepas Makan Tart Keju

Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal, 10, disyaki mengalami keracunan makanan selepas makan tart keju yang dibeli bapanya dan dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana berkata, jabatannya melalui Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan telah menerima notifikasi satu kematian kanak-kanak disyaki keracunan makanan.

Baca juga: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini

TART KEJU DISYAKI PUNCA MURID TAHUN 4 MENINGGAL DUNIA

TART KEJU

Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah makan tart keju yang dibeli oleh bapanya pada hari Selasa lalu.

“Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan. Pada 24 Julai, kanak-kanak ini mengalami sawan dan telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Rawatan kecemasan diberikan kerana murid lelaki tahun empat itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Asits berkata, kanak-kanak itu telah dimasukkan ke wad perubatan pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia.

Ibu kanak-kanak tersebut juga difahamkan makan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama. Dia diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes kepada makanan serta punca kematian masih dalam siasatan.

Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentukan punca kejadian.

Baca juga: Nama Kanak-Kanak Autisme Zayn Rayyan Tidak Lagi Berbinkan Abdul Matiin

Sumber: Sinar Harian

The post Pelajar Tahun 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan, Disyaki Selepas Makan Tart Keju first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!