Masjid, Gereja, Hospital Dan Kini Wartawan Sasaran Bom Israel
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Masjid, Gereja, Hospital Dan Kini Wartawan Sasaran Bom Israel
Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.
Baca: Pegawai Israel Kencing Di Lokasi Pembunuhan Rakyat Palestin
Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.
Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.
Sejak 7 Okt lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam.-hmetro
The post Masjid, Gereja, Hospital Dan Kini Wartawan Sasaran Bom Israel appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan