Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Bukan koma, strok, Rahim Maarof masuk ICU sebab darah tinggi

PETALING JAYA – Anak penyanyi rock legenda Rahim Maarof, Jasmin Rayhan mengesahkan bapanya tidak koma atau berdepan serangan angin ahmar atau strok seperti dilaporkan.

Katanya, bapanya ditempatkan di  Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh, Selangor, sejak Khamis lalu berikutan tekanan darah tinggi.

“Buat pengetahuan semua ayah saya memang dimasukkan ke hospital, tetapi bukan disebabkan strok mahu pun koma. Dia ada masalah darah tinggi.

“Tahap kesihatannya hari ini nampak semakin memberangsangkan dan doktor memintanya berehat supaya cepat pulih.

“Jika keadaan ayah bertambah baik, saya difahamkan dia akan dipindahkan ke wad biasa. Sekarang masih di ICU untuk pemantauan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Jasmin meluahkan rasa terkilan apabila berita tidak sahih yang menyatakan bapanya koma mengejutkan saudara-mara, rakan dan ahli keluarga terdekat.

“Sebenarnya ada banyak salah informasi serta tajuk berita yang kurang tepat mengenai keadaan ayah saya.

“Sebagai wakil keluarga, saya akan berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatannya supaya tidak lagi timbul berita mengelirukan.

Anak Rahim Maarof, Jasmin tak salah mana-mana pihak atas kekeliruan yang berlaku.
Anak Rahim Maarof, Jasmin tak salah mana-mana pihak atas kekeliruan yang berlaku.

“Bagi ruang kepada kami untuk memahami situasi yang berlaku sebelum berkongsi berita tidak pasti terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Diharapkan anda semua dapat maklumat daripada sumber yang tepat serta jangan sebar khabar palsu,” katanya lagi.

Begitupun, Jasmin, 29, menegaskan tidak menuding jari kepada sesiapa apabila tercetusnya kekeliruan berhubung penyakit sebenar bapanya itu.

“Mereka yang kenal bapa saya pun tahu dia seorang yang sangat menjaga kehidupan peribadi dengan rapi selain tidak berkongsi hal privasi kepada umum.

“Jadi saya tak salahkan sesiapa. Bagi saya tiada ahli keluarga terdekat juga perlu disalahkan dalam hal ini,” kongsi wanita berusia 29 tahun itu.

Katanya, bagi mengelakkan fitnah media dan peminat boleh mengikuti perkembangan kesihatan ayahnya yang dikongsi menerusi Instagram @jaszyray.

Jasmin juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan kesejahteraan bapanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 68 tahun itu didakwa mengalami koma selepas menjalani pembedahan akibat serangan angin ahmar, hari ini.

Rahim yang aktif dalam arena seni suara sejak 1975  cukup popular dengan rangkaian lagu malar segar seperti, Jangan Kau Rayu, Usang, Cinta Kristal, Istana Menanti dan Shakila. – KOSMO! ONLINE

The post Bukan koma, strok, Rahim Maarof masuk ICU sebab darah tinggi appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!