Pemandu e-Hailing Tergamam Bila Isteri Jumpa Coli Dalam Kereta, Mesti Penumpang Mabuk!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bekerja sebagai pemandu e hailing tidak kira secara penuh atau separuh masa merupakan pilihan ramai untuk mencari wang lebih. Malah ada juga pendapatan yang dapat melebihi gaji seorang eksekutif yang bekerja dalam syarikat. Namun, apa yang anda perlu tabah bekerja sebagai pemandu e-hailing ini adalah perlu berhadapan dengan situasi yang tidak dapat diduga!
Seperti kisah lelaki ini apabila dia tergamam dan terkejut selepas isteri menemui coli di dalam keretanya. Mana datang pula pakaian dalam wanita ini?
Baca juga: 4 Tanda Isteri Tengah Marah Versi Kelakar, Garu Kepala Para Suami Nak Melayan…
PEMANDU E HAILING TERKEDU, ISTERI JUMPA BRA DALAM KERETA!

Foto: Bra yang tertinggal.
Tular di halaman Facebook apabila seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Wan Syahril meluahkan rasa kesal dengan sikap penumpang terakhir yang menggunakan perkhidmatannya.
Seperti kisah yang dikongsikan dalam group Grab Driver Malaysia, penumpangnya yang didakwa berada dalam pengaruh alkohol atau mabuk itu, menanggalkan baju dalamnya (bra) di bahagian belakang tempat duduk kereta.
Hal ini kerana, dia mengambil penumpang wanita tersebut balik dari sebuah kelab malam dalam keadaan dia sedang mabuk.
“Saya boleh tak perasan dia tertinggal spek mata (bra) dalam kereta saya!” jelasnya sambil berkongsi sekeping foto menunjukkan pakaian dalam yang berada di kerusi belakang kereta.
Oleh kerana dia tidak sedar langsung tentang pakaian dalam yang ada dalam kereta tersebut sehingga pulang ke rumah, ini yang menambahkan ‘rencah’ drama apabila keesokan harinya, pakaian dalam wanita tersebut ditemui oleh isteri tercinta!
“Sampai dekat rumah nak bawa isteri pergi jalan-jalan. Isteri ternampak…dah dia mula fikir bukan-bukan..”
Saudara Syahril turut menitipkan pesan kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk janganlah sampai tertinggal bra di dalam kereta pemandu. Benda lain yang jangan ditinggalkan adalah sampah, jangan jadi orang yang tiada otak.
Perkongsian di Facebook ini sudah semestinya meraih pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan luahan lelaki tersebut. Malah, ada juga pemandu lain yang berkongsikan pengalaman yang hampir sama.
*Nasib baik dapat isteri yang memahami, kalau tak boleh meletus gunung berapi!
Baca juga: Kisah Perjuangan Celine Dion Lawan Penyakit Aneh ‘Stiffness Person Syndrome’, Ini Tandanya!
Sumber: Mstar
The post Pemandu e-Hailing Tergamam Bila Isteri Jumpa Coli Dalam Kereta, Mesti Penumpang Mabuk! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan