Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

5 Petanda Awal Kepala Air Ini Tempoh Masa Untuk Anda Lari Dan Selamatkan Diri!

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kejadian menyayat hati apabila satu keluarga lemas di hutan Air Putih, Kemaman. Kejadian ini dikejutkan susulan penemuan mayat dipercayai seorang wanita hanyut di sungai di kampung berkenaan.

Baca juga: Ada Orang Nak Masuk Minang? Ini Tafsiran Dalam Islam Bila Mimpi Ular, Harimau Dan Buaya

TRAGEDI KEPALA AIR RAGUT NYAWA, KENA PERHATIKAN 5 TANDA BERJAGA-JAGA

kepala air

Bukan sahaja seluruh ahli keluarga seramai 10 orang ini hanyut dibawa kepala air malah pihak polis turut menemui sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan, manakala gambar yang viral menunjukkan terdapat sebuah motosikal juga hanyut.

Berita terkini juga melaporkan bahawa mayat ketujuh telah dijumpai oleh pasukan penyelamat dan masih mencari lagi tiga mayat mangsa dari hari Ahad (2 Julai).

Berikutan berlakunya kes lemas yang menggerunkan ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan dahulu kawasan sungai atau air terjun kerana risiko berlakunya insiden alam iaitu kepala air. Menurut laporan dari Buletin Utama yang menemuramah pakar alam sekitar, Profesor Zulkifli Yusop, mengatakan bahawa fenomena ini boleh berlaku meskipun bukan dalam musim tengkujuh.

Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.

Penting untuk anda ketahui petanda awal kepala air kerana apabila sudah ada petanda awal kerana anda hanya ada 10-15 minit untuk keluar dari kawasan sungai!

1.Langit gelap di puncak bukit (hulu sungai).

2.Bunyi guruh, dentuman.

3.Bunyi letupan kuat atau apa-apa pun bunyi kuat luar biasa.

4.Perubahan warna air daripada jernih ke warna gelap atau kehitaman.

5.Paras air meningkat secara mendadak.

kepala air

Perhatikan setiap tanda ini tidak kira musim, kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau boleh, elakkan melakukan sebarang aktiviti di kawasan sungai atau air terjun buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang risiko.

Sumber: Public Health, Buletin Utama

Foto: Kosmo

The post 5 Petanda Awal ‘Kepala Air’, Ini Tempoh Masa Untuk Anda Lari Dan Selamatkan Diri! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!