Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Seludup Anjing Kucing Lebih 400 Diselamatkan Polis

Seludup Anjing Kucing Lebih 400 Diselamatkan Polis

Lebih 400 haiwan kebanyakannya anjing dan kucing diselamatkan polis, sebahagian daripada operasi yang memusnahkan kumpulan pemerdagangan haiwan peliharaan antarabangsa dengan penahanan 13 orang, kata polis Sepanyol pada Rabu.

Polis dalam kenyataannya menjelaskan, kumpulan pemerdagangan haiwan itu disyaki mengimport haiwan secara haram dari timur Eropah, di dalam kenderaan kecil yang mempunyai pengudaraan yang buruk dalam jarak lebih 2,000 kilometer.

Menurut kenyataan itu, keadaan tidak bersih menyebabkan beberapa haiwan itu menghidap penyakit berjangkit, dengan ada yang mati.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan itu memalsukan dokumen untuk menggambarkan haiwan yang sakit sebagai sihat apabila ia dijual.

Polis memulakan siasatan mereka pada penghujung 2020 selepas menerima beberapa aduan mengenai keadaan tidak bersih di sebuah kedai haiwan peliharaan di tengah-tengah Barcelona.

Polis kemudian menyelamatkan 33 anjing yang sakit dan mendapati bahawa dokumen haiwan itu ‘mempunyai anomali yang jelas’, yang menyebabkan siasatan lanjut dilakukan untuk mengetahui dari mana haiwan peliharaan itu berasal.

Polis berkata, mereka menemukan lebih 400 haiwan dan menahan 13 orang sebagai sebahagian daripada operasi yang dijalankan bulan lalu terhadap kumpulan yang aktif di Barcelona, Madrid, Andorra dan timur Eropah itu.

Pemerdagangan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam kerana haiwan peliharaan yang dibiak secara haram selalunya tidak diberi vaksin, boleh menyebarkan rabies, parasit dan penyakit berjangkit kepada manusia serta ternakan.

Pengguna yang tertarik dengan harga rendah sering membeli haiwan peneman dalam talian tanpa menyedari risikonya.

Suspek menghadapi tuduhan penderaan haiwan, penipuan, pemalsuan dokumen dan pengubahan wang haram.

Undang-undang kebajikan haiwan baharu yang berkuat kuasa di Sepanyol pada September melarang pembelian haiwan peliharaan di kedai atau dalam talian, tetapi memberi tempoh tangguh kepada kedai untuk mencari rumah untuk haiwan mereka.

Pada masa hadapan, pembelian hanya sah untuk membeli haiwan peliharaan daripada penternak berdaftar.-hmetro

The post Seludup Anjing Kucing Lebih 400 Diselamatkan Polis appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!