Rahsia Buat ‘Ibu Sambal’ Agar Tahan Lama, Boleh Guna Untuk Masak Apa Saja!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap rumah mesti ada ibu sambal ini! Tak perlu lagi susah-susah nak potong bawang atau gunting cili kering setiap kali masak.
Bila nak masak lauk bersambal, sambal nasi lemak, bihun goreng atau mi goreng, tak perlu lama-lama dekat dapur. Cedok saja ibu sambal ini, kerja pun jadi mudah!
Cara buat ibu sambal ini pun mudah saja. Puan Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi ibu sambal yang senang dan tahan lama. Jom lihat perkongsiannya di bawah.
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Serba Guna, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!
RESEPI IBU SAMBAL
Bahan-bahan:
- 6 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit halia (boleh abaikan jika tidak mahu)
- 3 genggam cili kering halus – dikisar
- 3 genggam cili kering besar – dikisar
- 2 sudu besar pes asam jawa atau cuka
- 1 keping nisan
- 4 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
Tips: Jika menggunakan cuka, sambal akan lebih tahan lama.
Cara-cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga keemasan.
- Masukkan kedua-dua jenis cili yang telah dikisar dan tumis lagi hingga cili masak sepenuhnya.
- Masukkan nisan dan gula, kemudian masak hingga pecah minyak selama dua jam dengan api perlahan.
- Setelah sambal berwarna merah cantik, masukkan pes asam jawa atau cuka, garam dan sedikit perasa.
- Pastikan sambal benar-benar masak, pecah minyak dan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam botol.
Sumber: Rosmaliza Omar
Baca juga: Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!
The post Rahsia Buat ‘Ibu Sambal’ Agar Tahan Lama, Boleh Guna Untuk Masak Apa Saja! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan