Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Bekalan air di 4 daerah telah pulih lebih 51 peratus – Air Selangor

PETALING JAYA – Status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas di empat daerah telah mencapai lebih 51 peratus, sehingga pukul 6 pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Air Selangor, empat daerah tersebut adalah Sepang (51 peratus), Hulu Langat (83 peratus), Petaling (54 peratus), dan Kuala Langat (93 peratus).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor berharap agar para pengguna menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri mengesahkan pati minyak wangi menjadi punca henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, yang menjejaskan bekalan air ke 473 kawasan di empat daerah di Selangor serta Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

The post Bekalan air di 4 daerah telah pulih lebih 51 peratus – Air Selangor appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!