Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Air Sungai Berwarna Biru?

Air Sungai Berwarna Biru?

Pelepasan cat di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Omboh di sini, disyaki mengakibatkan aliran air berwarna biru, semalam.

Terdahulu, kejadian 12.30 tengah hari itu dikesan di kawasan Jalan Sellathevan, Klang, menyebabkan pasukan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bergegas ke lokasi.

Agensi itu berkata, siasatan dilakukan sekitar kawasan berhampiran bagi menjejaki punca sebenar.

“Semakan lanjut mendapati lopak air di kawasan tersebut berwarna biru dan aliran memasuki longkang berhampiran yang seterusnya mengalir ke dalam Sungai Kandis

“Luas melakukan pensampelan kualiti air dan sampel dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Susulan itu katanya, tindakan lanjut diambil dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79(1)(c) Enakmen Luas 1999 atas kesalahan mencemarkan sumber air.

Pada masa sama, agensi itu juga berkomunikasi dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa agensi.

“Kerajaan Selangor dan Luas menegaskan dan menyeru kepada semua pemilik premis atau tapak industri supaya sedar, cakna dan prihatin terhadap aktiviti di tapak.

“Pastikan aktiviti, operasi, keselamatan dan penyelenggaraan peralatan serta kelengkapan di premis dikawal dan dipantau dengan sempurna supaya tiada risiko kepada sumber air terutamanya sungai,” katanya.

Menurutnya, tindakan lanjut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan permasalahan dan mencemarkan sumber air negeri.-hmetro

The post Air Sungai Berwarna Biru? appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!