Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Arab Saudi Nafi Bantu Israel Pintas Serangan Iran

Arab Saudi Nafi Bantu Israel Pintas Serangan Iran

Arab Saudi tidak terbabit dalam sebarang tindakan memintas serangan dron dan peluru berpandu Iran terhadap Israel, hujung minggu lalu.

Sumber terdekat kerajaan menafikan dakwaan portal berita Israel bahawa kerajaan Saudi bersama-sama dalam gabungan pertahanan Israel terhadap serangan Iran.

Portal terbabit menerbitkan kenyataan demikian memetik sumber yang dikaitkan dengan laman web rasmi Saudi.

“Tiada mana-mana laman web rasmi yang menyiarkan kenyataan mengenai penyertaan Arab Saudi dalam memintas serangan terhadap Israel,” kata sumber itu kepada Al Arabiya yang dilapor Arab News.

Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel bermula lewat malam Sabtu hingga Ahad, sebagai tindak balas terhadap Israel yang didakwa menyerang konsulatnya di Damsyik, 1 April lalu yang mengorbankan tujuh orang.

Tehran menegaskan serangan itu menyasarkan sumber ketenteraan, manakala tentera Israel mengumumkan berjaya memintas 99 peratus peluru berpandu Iran.-hmetro

The post Arab Saudi Nafi Bantu Israel Pintas Serangan Iran appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!