Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi Ikan Bilis Masak Asam Paling Sedap, Nasi Sepinggan Pasti Tak Cukup!

Ikan bilis sangat sinonim dengan masakan sambal dan dihidangkan bersama nasi lemak. Selain itu, anda boleh cuba menu lain iaitu ikan bilis masak asam seperti perkongsian pengguna Facebook ini.

Menu ini sangat mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Gabungan rasa masam, manis dan masin masakan ini membuat ia digemari ramai. Sekali makan, pasti teringat-ingat!

Baca juga: Cara Buat Puding Triffle Dalam Cup, Layer Macam Ini Baru Cantik!

IKAN BILIS MASAK ASAM, NASI SEPINGGAN PASTI TAK CUKUP

IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Bawang besar – 2 biji
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Halia – secukupnya
  • Cili padi – secukupnya
  • Asam jawa secukupnya
  • Ikan bilis – secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Dalam minyak yang panas, goreng ikan bilis sehingga garing.

2. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar 2 biji, bawang putih sebanyak 7 ulas dan halia secukupnya.

4. Tumis sehingga layu dan wangi.

5. Kemudian, masukkan cili padi. Sekiranya ingin pedas, boleh lebihkan kuantiti.

6. Setelah itu, masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

7. Selepas mendidih, masukkan asam jawa. Lebihkan kuantiti sekiranya suka masam.

8. Boleh masukkan garam dan gula untuk penambah rasa. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

9. Akhir sekali, masukkan ikan bilis sudah digoreng dan biarkan seketika.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Walaupun hidangan ikan bilis masak asam ini ringkas sahaja tetapi pasti anda makan bertambah-tambah kerana keenakannya.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua!

Baca juga: Resepi Pau Kampung Kukus, Gebu & Elok Kejadiannya Jika Guna Tepung Ini

Sumber: Facebook Rozzy ID

The post Resepi Ikan Bilis Masak Asam Paling Sedap, Nasi Sepinggan Pasti Tak Cukup! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!