Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

XDR Shigella bakteria ‘kebal’ ubat

WASHINGTON – Pegawai-pegawai kesihatan awam di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai peningkatan membimbangkan dalam kes bakteria Shigella yang ‘kebal’ atau rintang ubat, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggap varian bakteria baharu itu, yang dikenali sebagai XDR Shigella sebagai ancaman kesihatan awam yang serius.

“Bakteria XDR Shigella mempunyai pilihan rawatan antimikrob yang terhad, mudah berjangkit dan boleh menyebarkan gen rintangan antimikrob kepada bakteria enterik lain,” kata agensi berkenaan.

Bakteria Shigella boleh menyebabkan shigellosis iaitu jangkitan pada perut yang agak sering berlaku dan menjangkiti kira-kira 450,000 rakyat AS setiap tahun. 

Menurut CDC, kira-kira lima peratus daripada kes shigellosis pada 2022 berpunca daripada XDR Shigella, meningkat daripada sifar kes shigellosis rintang ubat pada tahun 2015.

“Kerintangan antimikrob berlaku apabila kuman seperti bakteria dan kulat meningkatkan keupayaan untuk menewaskan ubat-ubatan yang direka untuk membunuhnya,” kata CDC.

Tambah CDC, masih terdapat pilihan rawatan untuk penyakit yang disebabkan oleh XDR Shigella namun, ubat-ubatan itu mungkin kurang berkesan.

Gejala shigellosis yang sering dilihat adalah termasuk sakit perut, cirit-birit dan demam dengan kebanyakan jangkitan berlaku pada kanak-kanak bawah umur lima tahun dan boleh menjangkiti individu tanpa mengira umur. 

Ia kebiasaannya tersebar menerusi najis yang dijangkiti justeru, penjaga kanak-kanak berisiko menyebarkan penyakit itu apabila menyentuh mainan, peralatan bilik mandi, pelapik meja atau menukar lampin bayi.

Di persekitaran lain, bakteria XDR Shigella boleh berjangkit menerusi penggunaan kolam mandi, tasik atau sungai yang turut digunakan oleh penghidapnya. – Agensi 

 

The post XDR Shigella bakteria ‘kebal’ ubat appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!