Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

3 tip hadapi cabaran ekonomi

SUKA atau tidak, sebagai usahawan anda tidak boleh lari daripada cabaran bisnes dan ekonomi.

Tanpa cabaran atau rintangan, boleh saya katakan bukan usahawan namanya.

Cabaran akan buatkan usahawan itu lebih kuat dalam proses dan perjalanan mereka membina bisnes yang berjaya.

Lagi-lagi dengan keadaan yang semakin mencabar ketika ini, apakah persiapan usahawan untuk pastikan bisnes mampu survive dan terus beroperasi sepanjang tahun depan?

Merisaukan saya, bila ada sesetengah usahawan ini dilihat ‘buang masa’ dengan terus buat cara sama, tapi nak hasil yang berbeza.

Keadaan sekarang sudah berbeza berbanding sebelum ini, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 melanda, yang mana boleh kata semua orang berada dalam dunia digital, terutamanya di media sosial.

Namun, kini orang ramai tidak hanya tertumpu kepada dunia digital semata-mata.

Sebab itu, selain menumpukan kepada saluran digital, anda juga perlu memiliki kehadiran di tempat-tempat lain.

Usahawan tidak boleh terlalu ‘selesa’ dan statik, tanpa ada pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Saya pernah cakap, jika anda gagal berubah dan buat pembaharuan! Tunggu saja pesaing datang dan makan ‘kek’ anda.

Sebagai usahawan, teknologi di sekeliling sentiasa berkembang dan kita tidak boleh ketinggalan untuk adaptasi dan upgrade bagi beroleh kelebihan berbanding pesaing.

Dulu kalau lihat pelanggan dan peniaga bermula dengan marketplace dan e-dagang untuk berjual beli, namun terkini yang sedang ‘hangat’ adalah TikTok Shop.

Ada anak didik saya dengan hanya jualan di TikTok Shop boleh capai RM3 juta setahun!

Namun pada tahap sebegitu, cabarannya sudah berbeza, bertambah dan peniaga perlu bimbingan untuk pastikan bisnes mampu dibina dan terus berkembang, insya-Allah.

Saya kongsikan anda dengan tiga tip penting bagi berdepan cabaran bisnes dan ekonomi menjelang tahun hadapan.

1. Usahawan perlu sentiasa fleksibel dan lincah (agile)

Sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan yang perlu dalam keadaan yang sudah dijangka dan di luar jangka. Usahawan yang bersedia mempunyai pelan alternatif bagi memastikan sasaran mereka tercapai.

Anda tak boleh terus kekal pada pelan atau rutin sama jika tiada kemajuan atau perubahan yang dikehendaki.

2. Jaga pelanggan-pelanggan anda

Penting untuk usahawan menjaga pelanggan. Pastikan kepuasan mereka dengan khidmat pelanggan yang mudah dan pantas.

Bila pelanggan suka dan berpuas hati, secara tak langsung mereka sendiri akan berkongsi bersama orang lain. Tapi jangan lupa pula kepada data base pelanggan sedia ada, santuni mereka ya.

3. Jangan lupa kebajikan pasukan

Penting pasukan yang kuat untuk memacu bisnes ke tahap lebih tinggi. Tanpa sokongan pasukan, tak mungkin anda boleh berkembang malah bertahan.

Sentiasa berkomunikasi, latih dan pastikan semua selari dengan misi dan visi yang nak dicapai. Mereka kena jelas dengan apa yang sedang berlaku ketika ini.

 

The post 3 tip hadapi cabaran ekonomi appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!