Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

Ibu yang sedang berpantang, memang terhad makanannya dan kadang-kadang jadi bosan apabila selalu cuba hidangan yang sama. Disebabkan itu, kali ini penulis bawakan satu resipi makanan ibu berpantang yang sedap, manis dan lembut untuk dicuba.

Resipi makanan ibu berpantang ini namanya lempeng oat yang telah dikongsikan oleh Puan SuzyHoney dan sesuai sangat untuk para wanita yang baru saja melalui proses melahirkan anak. Kalau sedap, boleh lah masukkan dalam senarai menu berpantang anda. Jom cuba!

Baca juga: Rawatan Bidan Untuk Ibu Berpantang, Minum Air Rebusan Ini, Lepas Seminggu Dah Cergas!

MAKANAN IBU BERPANTANG

makanan ibu berpantang

Disebabkan ia terlalu sedap, lembut, manis dan sesuai sangat untuk ibu berpantang, jadi akak buat lempeng oat versi SuzyHoney untuk rujukan adik sayang akak semua. Jom masuk dapur akak.

Bahan A:

  • 1 1/4 cawan QuakerOat (instant)
  • 1/4 cawan Horlick
  • 1 cawan susu segar
  • 1 camca besar madu
  • 1/4 cawan kismis
  • 5 biji buah Kurma (dibuang biji dan disiat-siat)

Baca juga: Perut Mengeras Macam Nak Bersalin, Rupanya Itu KONTRAKSI PALSU (Braxton Hicks)!

Bahan B:

  • Sedikit minyak (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)

Cara penyediaan:

makanan ibu berpantang

  1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
  2. Perap selama 10-15 minit supaya oat dapat kembang dengan baik dalam cairan susu. Adunan ini biasanya tak pekat sangat. Sederhana saja. Elakkan terlalu pekat, ia buat tekstur lempeng jadi keras bila dah siap masak. Cair sikit pun okay, bagi memudahkan alih.
  3. Panaskan kuali non-stick (kuali biasa kemungkinan melekat kerana adunan lembut).
  4. Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan.
  5. Agak-agak dalam 30 saat, letakkan sedikit minyak disekeliling lempeng. Kemudian, angkat tepi-tepi lempeng supaya minyak masuk dibahagian bawah. Ia bagi memudahkan proses kalian nak terbalikkan tu.
  6. Bagi mengetahui sama ada lempeng telah membeku dan boleh dibalikkan, cuba sendengkan kuali, jika ia boleh bergerak-gerak dalam kuali, baru terbalikkan.
  7. Bakar sehingga keemasan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Nyum nyum. Siap dan sedia untuk dimakan. Sukatan resipi ini boleh hasilkan 6-7 lempeng sebesar tapak tangan tau.

Semoga bermanfaat. SuzyHoney, lazatnya.

Baca juga: Petua Turunkan Tekanan DARAH TINGGI, Hanya Guna Epal Hijau Je Sangat Mudah Resipinya!

Sumber: SuzyHoney

FT Image: SuzyHoney

The post Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!