Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Tips Simpan Tauhu Basah Tahan Berminggu Dalam Peti Ais, Mudah Je Rupanya!

Bila beli tauhu di kedai, mesti tak tahan lama kalau simpan di dalam peti ais. Antara cara simpan tauhu yang boleh dicuba adalah dengan melakukan tips seperti dikongsikan oleh Azura Aris di laman Facebooknya.

Jelasnya, cara yang digunakan ini sangat berkesan dan tauhu boleh bertahan sehingga 2 minggu lebih. Kalau tak percaya, kena cuba!

Baca juga: Panduan Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Buat Kuih & Kek, Tak Pening Kepala Dah

CARA SIMPAN TAUHU TAHAN BERMINGGU DALAM PETI AIS

cara simpan tauhu

Caranya mudah sahaja iaitu:

1. Cuci tauhu kemudian rebus sampai terapung atau timbul biji kecil.

2. Tos dan biarkan sejuk.

3. Bila dah sejuk, simpan di chiller. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu. Tak mudah rosak dan tak masam.

Selain tips yang dikongsikan di atas, boleh juga guna cara ini:

– Lepas beli, rendam sampai tenggelam guna air tapis. Tak ada air tapis boleh guna air mineral botol. Tahan sehinhgga sebulan.

– Goreng tauhu kemudian rebus di dalam air. Tos dan biarkan sejuk. Boleh simpan dalam bekas.

Mudah kan? Selain sedap, tauhu juga ada pelbagai khasiat antaranya adalah:

  • Kaya dengan nutrisi
  • Membantu kesihatan jantung
  • Tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala menopaus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan risiko kanser tertentu
  • Boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Membantu fungsi otak
  • Membantu penurunan berat badan
  • Boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Membantu mencegah anemia
  • Membekalkan semua asid amino penting
  • Mengandungi asid lemak omega-3

Wah! Boleh makan tauhu setiap hari nampaknya ni.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca SirapLimau.

Baca juga: Bukan Hanya Gula Sahaja, Ini Senarai Bahan Boleh Guna Kalau Masakan Terlebih Pedas

Sumber: Facebook Azura Aris & Greatist

The post Tips Simpan Tauhu Basah Tahan Berminggu Dalam Peti Ais, Mudah Je Rupanya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!